Tuesday, January 8, 2013

Watak ahjumma vs Watak heroin kedua

Isunya di sini, tadi dapatlah satu mesej dari seseorang yang saya agak admired la jugakkan. Jadi bila dah camtu,terselit perasaan hepi dan bunga-bunga cintanya. Pastu apa lagi, balas membalas mesej tetapi tiba-tiba....

Tiba-tiba dia hantar mesej 'saya rindukan aqilah'.. saya pun camni -----_----- ,dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Aqilah tu bukan saya orangnya..dia kawan baik saya. Jadi di sini saya mula faham secara slow motion, saya adalah watak heroin yang kedua yang kalau dalam drama korea tu kompem sangat cantik tapi jahat (ok yang cantik mungkin bukan saya).
Mungkin saya adalah Song Ji hyo dalam Princess Goong hehe

Mungkin saya kena bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya tetap heroin walaupun no.2.. tapi hello, ni dunia realiti, rasa lebih bersyukur kalau saya adalah watak ahjumma yang ade suami walau tak hensem drpd heroin kedua yang terkejar hero yang dah sure poyo sebab tak nakkan kita.


Jadi apa yang saya buat, saya balas mesej dengan gaya sangat cool padahal bengang "haha..kalau rindu carilah dia", terasa macam sangat mulia diri ini. Lepas tu mamat tu tak balas pulak. Nampak sangat motip sebenar aktiviti bermesej itu tadi.

Hakikatnya saya manusia yang takkan berjuang demi cinta dan takkan rasa rugi kalau tak memiliki cinta itu. Buat apa nak kejar sesuatu yang memang bukan milik kita dan kalau dapat pun, belum tentu rasa happy. Jadi kerana itulah saya nak hidup macam watak ahjumma, memiliki suami yang biasa2(yang tak payah direbutkan) and live happily ever after walaupun suami muke tak sekacak won bin mungkin tahap kang gary je.


Ini Won Bin


dan ini Kang Gary atau Neighbouring Ahjushi

Lagi satu la kan, kepada manusia2 yang konon hot,kacak, lawa jelita kalau rasa rindu seseorang tolong cakap kat orang tu sendiri boleh tak..tak payah nak bagitau orang yang takde kaitan,tambah2 orang yang pernah sukakan kamu. Di situ kamu telah membuatkan dia rasa seperti nak campak henpon miliknya ke dalam loji kumbahan, supaya mesej kamu reput dimakan bakteria.(delete je la hahaha)


No comments:

Post a Comment

lovey dovey