Monday, January 21, 2013

Scan otak kejap (buang virus2 dan fail lama)

Jom muhasabah diri, boleh tengok list kat bawah ni


Kepala ni macam pendrive 16 Gb, kalau kapasiti besar macam mana pun tapi isinya dipenuhi virus(suuzon-buruk sangka) dan fail2 lama yang korupt(kenangan buruk), maka kena format baliklah nampaknya.

Nak format ada dua cara secara moden atau secara sepanjang zaman. Yang moden tu untuk orang yang dah tahap gila melampau, cara nak format tu dia rawatan kejutan eletrik. InsyaaAllah, semua fail lama akan hilang tapi jangan tak tau virus kemungkinan masih tertinggal

Cara kedua gunakan pendekatan mendekati pencipta, Manusia yang lemah emosinya perlu kembali kepada mana dia dicipta iaitu Allah yang satu. Jadi dekatilah, menangislah semahunya ditikar sembahyang, hapuslah kecelaruan itu dengan membaca Al-Quran. Cara macam ni tidak mendelete fail2 lama..cuma fail itu tidak
akan dibuka kembali.Lagi best, cara ni memusnahkan virus2  yang tidak dikehendaki.



Hakikatnya..diri ini yang merana, huhu..cam kata Johan "empty..empty"

Laa haula wala quwwata illa billah..insyaaAllah..pergilah kesedihan.








No comments:

Post a Comment

lovey dovey