Wednesday, January 9, 2013
Mengalah
Pernah terjadi dalam hidup marah pada orang tu,last2 esok pagi jumpa dia siap tolong belikan kuih and then makan sama2. Hah sungguh senang perasaan perempuan ini.
Memandangkan orang selalu cakap, beralah tak semestinya kalah jadi saya orang yang sentiasa akan tersengih dulu pada orang yang buatkan saya marah kekeke. Selepas itu saya melihat semuanya indah belaka, benci dan marah sebelum tu macam terdelete dan log in kembali pada orang itu.
Hakikat marah manusia banyak, dan saya melihat marah orang sekeliling pada saya juga adalah marah buat tersayang. Marah yang kadang2 tak perlu kemaafan, takut jadi segan. Selalu settle bila salah sorang bercakap semula.
Dengan adik beradik contohnya. Mula2 gaduh berebut channel tv kemudian kita buat muka bengang. Pastu merajuk. Lepas tu malam boleh tengok tv sama2 channel yang tadi tak setuju tapi tiba2 boleh layan.
Mesti pernah rasa kan, mak kita marahkan kita sebab main hujan. Balik2 kena rotan. Lepas dah siap mandi dan nangis sambil2 membebel lagi mak itu jugaklah yang sikat dan ikat rambut kita dan paksa suruh makan..the most sweet thing happen..love u mak.
Yang kelirunya dengan mak2 sekarang, takut benar nak marah anak, takut anak merajuk. Akhirnya anak tu transform jadi spoiled brat, budak paling poyo di akhir zaman. Kalau cikgu mula nak merotan siap datang back up dengan ayat, I pun tak pernah rotan anak I macam tu, shame on you keluarkan ayat macam tu.
So marah dan beralah tu perlu kadang-kadang, untuk yang tersayang. Ini tak, dengan boyfriend bukan main marah, bila dia pujuk terus cair dengan ayat baby jangan buat lagi tau. Tapi cuba kalau mak dengan ayah marah tarik muka, nak lari dari rumah, mak pujuk pun tak nak, gile poyo!!.
Jadi adik2..yang tersayang bukan boyfriend yang kompem haram itu, tapi family kita yang kita dok hadap selama berbelas tahun hidup itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment