Monday, April 16, 2012

Diari budak perempuan cacat fikiran

Di mana cacatnya perempuan itu?? Tengok macam normal je. Tapi bila baca diarinya dia sendiri mengaku dirinya CACAT FIKIRAN. Serba salah untuk memberi respon, tetapi dia tetap mendesak supaya diarinya ditayangkan kepada umum..supaya tiada lagi perempuan lain cacat fikiran sepertinya.


Insya Allah untuk perkongsian bersama:


2 Mac 2010 - 10.44pm

Semalam semasa aku menulis perkara di atas, aku terbayangkan sang suami yang sedang berkopiah lengkap di dalam masjid..sedang sujud di malam hari kepada ilahi.
Tapi pagi ni aku mengucapkan “what the hell” bile tgk muke baru bangun tidonye ituh..adoi la.musnah berangan sang suami ketika cinta bertasbih aku.yg ade cm tinggal MR.FAD.
Astagfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.
Tapi hari ni aku dah buat benda yang baik..jika aku ikhlas.benda yg baik sampai aku mtk mr.gila lembu zip mulutnye. Walaupun cinta itu amat tak sure, tapi sekurang-kurangnye aku still nak menjaga hubungan baik itu. Demi Allah..aku cintakan dia kerana aku Nampak dia cintakan Allah dan dia cintakan ilmu..itu dah lebih dari cukup.
Kalau la dia tau..tapi dia tak mungkin tau. Dan cinta kepada dia tidak buatkan aku angau, aku terasa nak lebih dekat kepada Tuhan. Mungkin aku nak sediakan diri supaya jadik lebih baik supaya aku jugak dicintai kerana cintakan tuhan dan rasulnya.

4 Mac 2012-7.21 am

Salam alaik..
Jumpe satu statement..’perempuan yg menarik itu berlumba2 lelaki berebut untuk mempermainkannya tetapi perempuan solehah itu berebut2 lelaki untuk memperisterikannya”. Yang mana satu aku?..rasanye dua2 bukan ..haha..realiti ok!!
Aku amat sedih..dan amat sedih pagi2 ni bile aku mimpi safiyah dgn kis dilanda musibah. Aku amat sedih dan amat lega bile bangun sebab itu adalah mimpi. Cam aku pernah cakap kt kak laila, kite akan sayang anak kita sendirik sebab kita rase they belong to us..mengerti kamu.
Sebut pasal belong..aku tak rase he belong to me..even his heart. Semalam aku buat istikharah mintak petanda..still nothing happen..huhu sabo je la.
insyaAllah ..hari ni aku akan lebih tabah mengharungi kehilangan..xla tension cm semalam.



12 Mac 2012-5.47 am

Pagi2 ini aku mengesahkan aku mengalami sindrom FAD.Sindrom sgtkah aku?
Semalam aku agak tersentak dan tersedar..tapi aku btol2 xnak give up dgn org yg tak patut..dah mmg sebelum ni aku yg bercadang nak singkirkan dia dari idup. Aku tak kata pilihan aku lagi satu tepat..aku Cuma harap aku akan settlekan semuanya dengan lebih cepat..supaya tiada roh2 yg tergantung..seram meyhhhh.
Hari ni bila gi pejabat aku kompem cheesy wedges akan tunduk2 or buat muke serius gaban bile tgk aku..pastu abes la suasana akan rosak balik dgn kesengalan itu.
Aku cuma nak cakap..aku syukur dia ada..walaupun aku kena lepaskan dia satu hari nanti..tapi sekurang2nya I had my own best friend tambah2 bile aku foreveralone.Dan nak ditekankan di sini aku nak isytiharkan aku mungkin gile bile merasakan dia lebih attracted drpad lembufool.Mungkin yg lain rase lembufool amat howt..tapi ketahuilah dia mmg howt sekadar seperti seekor lembu.
Kalaulah dia tau nate ni..kompem dia akan sengih2 gatal kat aku 24jam sehari..tak termasuk hari cuti sebab aku tak kuar dari gua. Ape yg dia perlu tau?!\??
mase dia ade kat ganu,,dia msg aku and waktu tu lembu pun msg aku dua2 aku balas la kan..tetapi aku lebih membls msg dia…hahaha.aku rase lagi hepi kot..haha.
Dan yang aku perlu lebih tau..lembu mungkin ingat something wrong pade kami lepas hack hp dia or dia yg bg bace?..nothing wrong..just bese2 je sebenarnye bg org cam aku..foreveralone.


insyaAllah kalau rajin akan disambung nanti(penat nak menaip isi diarinya satu2)

Sunday, April 8, 2012

what a life??? apa pandangan anda tentang hidup anda?

Hidup seharusnya sesuatu yang membahagiakan. Bersama-sama dengan orang tersayang. Pegi jalan-jalan, makan-makan and..oh my god. only that.Tetapi apa lagi yang kurang?? kenapa saya rasa seperti tak boleh enjoy my life, nak senyum pun rasa sekali sekala..agaknya lah.

Kadang-kadang tengok kawan2 punye status di FB amat membuatkan betapa kosongnya hidup. Hari minggu dia berjoli sakan, saya hanya tinggal di rumah and melepak di bilik..layan FB. 

What a life I have, memang bosan and this make me decided to do something thrilled, get out of my routiness.
First of all..smile. I need more smile to regain my aura. My aura should be pink..like mozart in pink..no grey cloud around my head..no more.

Second..saya agak pelik dengan keadaan di malaysia sekarang ni. Even artis2 yang konon bergaya sakan 2 pun dah kelihatan debab2 belaka. Well, semalam layan ABPBH jap, ternampak lak lemak2 mereka yang dibalut dengan baju yang amat ketat.wahh..amat tak cantik. Jadi sekarang saya rasa bersenam itu amat perlu. Nak hilangkan lemak-lemak degil ini dan saya dah tak nak pakai baju yang sebenarnya longgar tapi jadik ketat. Jadik bersenam itu perlu untuk menghilangkan fikiran-fikiran buruk sekali disebabkan terperangkap lama sangat dalam bilik tertutup tak cukup oksigen.

Third..buat benda-benda yang saya suka. Jadik sekarang saya nak senaraikan benda-benda yang saya paling suka.

1. Jalan-jalan ke tempat lain selain dari tempat tinggal or tempat kerja.
2. Menulis novel
3. Melukis pemandangan (walaupun tak berbakat)
4. Join mane2 kelab yang agak happening..contoh join demo bersih 3.0 ke.
5. Masuk kelas memasak.
6. Merempit (erk..)
7. Kumpul komik-komik dulu (dragon ball, candy-candy, penyiasat remaja)
8. Lagi satu..jadik kaunselor tak bergaji...dengar masalah orang boleh buat kita bersyukur ape.
9. buat kerja-kerja sukarela. Buatkan orang happy adalah benda paling menggembirakan.
10.has someone to fall in love with (aduh..ni yang payah )
11.tinggalkan facebook yang dah macam ubat batuk tu..ketagih gile tapi cuma boleh rosakkan otak je.

Forth..tukarkan semua benda yang dibenci kepada benda yang disukai. Top ten benda paling saya benci:

1. Bergaul dengan orang ramai, selalu je rasa penat nak cakap lebih-lebih dengan orang yang takde kepentingan sangat.
2. Bagi makan kucing, benda paling malas ni walau mengaku sayang kucing.
3. Lipat baju elok2..hahahaha.
4. Boros..kadang-kadang main beli je tanpa tengok harga.
5. Solat sunat...paling malas ni.
6. Ziarah ke masjid..padahal masjid itu rumah Allah.
7. Menyibuk hal orang..pas ni selagi orang tu tak cakap apa-apa saya takkan buat teori newton sendirik.
8. Makan sayur, insyaAllah semakin tua ni selera pun dah lain, semakin suka sayur.
9. Menghafal ayat Al-Quran walau sepotong.
10.Melihat benda-benda yang tak sepatutnya (kurangkan tengok movie kot)

InsyaAllah..doakan semuanya termakbul. Sesuatu perlu dilakukan supaya tiada seorang lagi Yasmin noor. siapa Yasmin noor?? sile tengok DHOBI GHAT. sekian




Saturday, March 31, 2012

Kisah di Syria..kezaliman terhadap ahli sunnah wal jamaah



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Sunday, March 18, 2012

Nasihat Wardina Safiyyah kepada remaja2



People don’t care how much you know until they know how much you care! 

Tuesday, March 13, 2012

Kata-kata yang Indah dan baik akan tinggal lebih lama di hati




Subhanallah..setelah sekian lama , baru habis tengok cerita ketika cinta bertasbih 1 dan 2. Selama ni ramai orang promote pada saya, tapi mentaliti yang mengatakan filem Indonesia adalah kosong (kecuali ayat-ayat cinta) sama seperti filem-filem melayu yang sama ending nya, memang tersilap.

Mengalir air mata tengok beberapa adegan dalam filem ini yang membuktikan kebesaran Allah. Tak perlu adegan cinta berlebihan, rindu yang tiada sempadan dan kata-kata romantik. Adegan Khairul Azam menangis syukur kerana lulus pengajian sudah cukup memadai untuk merasakan kenikmatan yang tuhan berikan.

Cinta memang fitrah manusia yang kita boleh dapat pelajari dalam filem ini, tetapi fitrah yang lebih baik adalah kata-kata yang digunakan, semuanya seperti doa.

setiap dialog disertakan

1. Alhamdulillah
2. Subhanallah
3. Astaghfirullah
4. Amin

Setiap dialognya bermakna, bersopan tidak perlu terjerit-jerit dan emosi hanya digambarkan dengan wajah pelakon yang sentiasa tersenyum terutama ketika menegur seseorang. Terdidik sedikit jiwa ini.

Dan tersedar seketika betapa khilaf diri ini melontarkan kata-kata sekian lama.Kadang-kadang tidak sedar ayat-ayat kasar yang dianggap sebagai gurauan boleh mendidik jiwa kita ke arah kekasaran dan tidak indah. Bahasa yang kita gunakan menggambarkan jiwa kita di dalam.


Saya ambil contoh beberapa filem Malaysia yang saya tonton,iaitu adnan sempit. Saya cuba menontonnya hingga habis tapi filem itu terasa kosong, hanya dipenuhi lawak-lawak tiada faedah dan yang penting kata-kata kasarnya tidak menydapkan telinga yang mendengar.

Musibahnya, filem-filem seperti ini yang paling banyak di Malaysia, dan nauzubillah ...generasi muda terutama di peringkat sekolah memilih corak percakapan sebegini untuk merasakan diri lebih hebat.

Kita berhak memilih apa yang kita dengar dan apa yang kita bakal katakan, berkatalah dari hati serta iman dan bukanlah dari lidah yang tidak bertulang.

Sama-sama kita berhijrah ke arah deria yang sihat..Amin..