Saturday, February 1, 2014

Budak comot dan rumah besar tepi tasik part 4

Badannya dihempas di atas katil lembut bercadar satin. Matanya tak lepas dari memandang syiling. Sekejap kemudian matanya terasa berat dan terus layu.

"Tuan Khairi, ibu panggil makan malam " sayup2 suara Auntie Sabrina. Khairi masih mamai.

Perjalanan berbelas jam di dalam kapal terbang membuatkan dia terasa amat letih. Namun peluang untuk bertemu ibu yang sangat dirinduinya tak patut dilepaskan. Bukan senang ibu berada di rumah waktu malam2 begini.

Segera dia bangkit. Mencapai tuala yang masih di dalam bagasi dan  ke bilik mandi.


Malam itu semua ahli keluarganya ada, untuk menyambut kepulangannya yang baru tamat belajar dari Australia. Suasana sangat meriah. Anak-anak saudaranya yang tiga orang ini sangat menghiburkan hati. Masing-masing berusia 2 dan 3 tahun.

"Anak ibu.mari duduk sini" Zafirah menarik kerusi untuk anak bujangnya duduk disebelah.
Khairi menurut, tangan ibunya dipegang erat sebaik duduk. Dikucup kedua pipi. Rindu.

"Dah lama tak manja-manja dengan ibu macam ni"suaranya lembut untuk wanita yang melahirkannya.

Zafirah,tersenyum bahagia. Segera disendukkan nasi ke pinggan khairi, "hari ini ibu masak, bukan auntie tau. Jadi makan banyak-banyak"

"Tengoklah dua beranak ni,berdating macam kita tak wujud"

Khairi tersenyum,terlupa dengan kehadiran abang dan kakaknya di situ. Segera bangkit dan menyalami mereka satu persatu. Anak-anak saudaranya dipeluk erat walaupun kakak yang paling besar cuba melarikan diri. Malu agaknya dengan paksu yang tidak pernah bertemu muka.

"Home sweet home"bisik Khairi di dalam hati. Banglo tempat dia dibesarkan itu tidak banyak bezanya selama 4 tahun dia tinggalkan dulu. Masih meriah. Cuma yang beza sudah tiada lagi abah di sini. Abah yang selalu menemaninya bermain di laman berumput hijau. Abah yang selalu mengajaknya memancing di tasik.

Pelukan erat abah sebelum ke airport. Abah tau dia akan pergi. Jika tidak kerana ibu yang gigih membantah, tidak ingin rasanya dia kembali ke Australia ketika itu untuk meneruskan kuliah. Dia rasa dia perlu berada di situ, supaya abah tahu, Khairi dah besar, boleh ganti abah jaga ibu.

Allahurabbi..
Diseka air mata dari jatuh,
Bersendirian di balkoni mengadap tasik ini malam-malam buta memang sentimental.







No comments:

Post a Comment

lovey dovey