Saturday, March 31, 2012

Kisah di Syria..kezaliman terhadap ahli sunnah wal jamaah



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Sunday, March 18, 2012

Nasihat Wardina Safiyyah kepada remaja2



People don’t care how much you know until they know how much you care! 

Tuesday, March 13, 2012

Kata-kata yang Indah dan baik akan tinggal lebih lama di hati




Subhanallah..setelah sekian lama , baru habis tengok cerita ketika cinta bertasbih 1 dan 2. Selama ni ramai orang promote pada saya, tapi mentaliti yang mengatakan filem Indonesia adalah kosong (kecuali ayat-ayat cinta) sama seperti filem-filem melayu yang sama ending nya, memang tersilap.

Mengalir air mata tengok beberapa adegan dalam filem ini yang membuktikan kebesaran Allah. Tak perlu adegan cinta berlebihan, rindu yang tiada sempadan dan kata-kata romantik. Adegan Khairul Azam menangis syukur kerana lulus pengajian sudah cukup memadai untuk merasakan kenikmatan yang tuhan berikan.

Cinta memang fitrah manusia yang kita boleh dapat pelajari dalam filem ini, tetapi fitrah yang lebih baik adalah kata-kata yang digunakan, semuanya seperti doa.

setiap dialog disertakan

1. Alhamdulillah
2. Subhanallah
3. Astaghfirullah
4. Amin

Setiap dialognya bermakna, bersopan tidak perlu terjerit-jerit dan emosi hanya digambarkan dengan wajah pelakon yang sentiasa tersenyum terutama ketika menegur seseorang. Terdidik sedikit jiwa ini.

Dan tersedar seketika betapa khilaf diri ini melontarkan kata-kata sekian lama.Kadang-kadang tidak sedar ayat-ayat kasar yang dianggap sebagai gurauan boleh mendidik jiwa kita ke arah kekasaran dan tidak indah. Bahasa yang kita gunakan menggambarkan jiwa kita di dalam.


Saya ambil contoh beberapa filem Malaysia yang saya tonton,iaitu adnan sempit. Saya cuba menontonnya hingga habis tapi filem itu terasa kosong, hanya dipenuhi lawak-lawak tiada faedah dan yang penting kata-kata kasarnya tidak menydapkan telinga yang mendengar.

Musibahnya, filem-filem seperti ini yang paling banyak di Malaysia, dan nauzubillah ...generasi muda terutama di peringkat sekolah memilih corak percakapan sebegini untuk merasakan diri lebih hebat.

Kita berhak memilih apa yang kita dengar dan apa yang kita bakal katakan, berkatalah dari hati serta iman dan bukanlah dari lidah yang tidak bertulang.

Sama-sama kita berhijrah ke arah deria yang sihat..Amin..

Thursday, March 8, 2012

New Album-mat luthfi




plastik - sampah paling banyak kat muka bumi ni. don't be plastik ...

lovey dovey