Monday, November 23, 2009

forbidden humanity

Lack of glucose level in red blood cell will conclude to the disfunctioning of certain body part. This also will cause serious damage of certain organs. But, if there is excess glucose in red blood cell, the result is imbalance of chemical in our body. This conclude why 'crazy person didn't realized they are crazy'.

Jangan ingat aku nak menceritakan tentang benda alah Biologi tu, tidak. Saje je letak mukadimah panjang2 beserta ayat cam pegi lecture asasi. Just consider the last sentence.

'Orang gila tak sedar mereka itu sebenarnya gila', macam aku yang ntah2 tak sedar aku tak sedar yang aku tak sedar aku tengah menaip. Itulah yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

ramai manusia tak sedar bila masanya berlaku ketidakseimbangan ini.sedar-sedar diorang dah tak sempat nak sedar.

Contoh terdekat bahan kimia yang dipanggil 'pheromones'.bila benda alah ni tak seimbang maka macam-macam benda tak sedar boleh jadi. for example: kenyit mata kat anak jiran sebelah yang baru berumur seploh tahun.kenapa jadi macam tu, sebab pheromones ni hormon yang dikeluarkan bila manusia bercinta. jadi manusia itu tak akan sedar bila keseimbangan hormon ni terjadi, tau-tau dia dah hantar surat dua page pada budak umor seploh tahun tadi.

Contoh kedua bila berlakunya ketidakseimbangan insulin. Kenapa insulin penting? penting untuk membuatkan kita waras. Jangan tipu kalau kata ada orang yang tak pernah tidur dalam kelas atau kuliah. Aku mengaku je selalu tidur dalam kuliah organik.sebab tu organik pass with flyinnnnnng colour.tak berkatlah tu.
berbalik kepada insulin, benda alah ni mempengaruhi kadar tenaga yang akan terespirasi di dalam badan. jika lebih boleh dpt diabetes, bila kurang gejalanya macam yang disebut tadi, tak bertenaga, tak sedar, mamai lalok dan sewaktu dengannya.

Yang terakhir adrenalin, yang ni paling kritikal. kalau lebih boleh sakit jantung kalau kurang macam manusia takde perasaan. hormon ni dekeluarkan bila seseorang dalam keadaan takut.jadik bayangkan kalau tangan korang tengah terbakar dengan api menyala tahap pembakaran lengkap tapi korang still senyum sambil tergelak-gelak manja that's mean adrenaline korg ade problem.

kesimpulannya, hormon ini makhluk tuhan macam kita. cuma cara kita mengawal kesannya yang menaikkan darjat kita sebagai manusia. Aku sedang cuba menaikkan darjat itu. bless me.

Thursday, November 12, 2009

cinta tak kenal siapa????


“cinta tak kenal siapa” aku nak tergelak bila dengar lirik lagu ni bila terfikir the latest issue we discuss here (dalam bilik warden ni)

Pembentangan first case : liz vers am

Sungguh tak logic, kalau fikir jauh memang takkan jauh hubungan tu. 46-12 mananya nak gapai. Kalau diukur guna siri elektrokimia voltannya memang akan cukup tinggi. Tapi itu elektrolisis, ni manusia yang hakikatnya takde dua batang elektrod dalam tubuhnya maka tak perlulah voltan yang cukup tinggi

Pembentangan second case : azwal vers girls

Nampak s yang aku tambah 2 maknanya ramailah

Hujah yang dibentangkan cik soleha, “azwal….hahaha”

Terselit unsur2 penghinaan dalam ayat tu

Keadaan jadi lebih kritikal kerana calon2 cewek tu guna taktik ‘love their family first before we tackle their bumble bee’

Taktik ni yang menyebabkan wani mendapat keuntungan berlipat ganda bila calon2 cewek Cuba membodek wani dengan belanjanya makan setiap hari diulangi setiap hari semata-mata nak dapatkan azwal yang menurut cik soleha “azwal ….hahaha”

Saturday, October 31, 2009

Bingkisan Ustaz Asri Rabbani

Selawat nabi download

Mentari Merah Di ufuk Timur ft Amy search download

Ya Nabi Salam Alaika download

Subuh yang terakhir download

Berpaut pada sabdamu download

Friday, October 16, 2009


Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always." Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

p/s : karangan ini ditulis oleh pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR . Di petik daripada http://tehranifaisal.blogspot.com/

lovey dovey