Monday, January 14, 2013

Free GAZA..selebriti2 yang prihatin

1. Mr Faizal Tahir - lelong trofi kemenangannya untuk didermakan kepada rakyat Palestin. Dan for sure trofi2 yang dimenangi Faizal ni bukan disebabkan beliau beli paper berlori-lori untuk undi diri sendiri tetapi kerana geniusnya beliau dalam bidangnya. Artis2 educated camni yang patut direspek.

FT kate "piala dan trofi kemenangan ni takde gunanya bila dah mati "

2. Mr Christiano Ronaldo - menjual kasut emasnya
Manusia yang pernah susah yang akan lebih memahami kesusahan orang lain, dan CR7 juga cemerlang dalam bidangnya. Hala Madrid~~

Yeah CR7 ku.. jom doa ramai2 moga Allah bukakan pintu hidayah padanya.


3. budak kecik (ni kire selebriti gak la)
Dah la cute, berani pulak tu. Adik, akak doakan kau tidak terjebak dan dijauhkan dari program2 sengal macam idola kecil dan superstar itu. Moga imanmu dipelihara hingga dewasa.


Kita yang bukan selebriti, yang dah cukup tua untuk faham, yang sekadar ade trofi menang sukaneka peringkat tadika, yang kasut pun tak laku kalau lelong nak tunjukkan sokongan pun susah. Satu jalan mudah, boikot MCD dengan STARBUCK, senang, tak payah pegi dan tak mati pun. Sedih bila kempen boikot dilancarkan orang Melayu Islam ni yang konon sensitif dengan nasib bangsa buat selamba dek je pegi jugak ke MCD tu.
Maunya tak bangga jadi bangsa Melayu


Persoalannya berdosakah pergi MCD? setakat ni ulamak muda tak keluarkan fatwa haram lagi, seperti mana diorang tak keluarkan lagi fatwa haram untuk selebriti2 berpakaian macam tak cukup kain.

Ramai pula yang bantah, kalau MCD israel punya, habis FB pun israel punya juga,kenapa tak boikot FB sekali. Penat gak dengar soalan camni, padahal terang2 dah heboh MCD dan STARBUCK sendiri mengaku support israel terang-terangan. Pemilik FB encik Mark Zuckerberg tu tak pernah pulak gatal2 mulut bagitau dunia separuh keuntungan FB akan diserahkan kepada Israel, tapi MCD dan STARBUCK memang dah clear declare begitu seperti di bawah.




Isu yang lagi femes, kalau boikot MCD macam mana dengan nasib pekerja MCD yang majoritinya Melayu itu. Jawapannya memang tak payah fikir, macamlah nak keje MCD tu perlu degree bagai, cari je keje lain yang berlambak lagi. Susah2 keje maidin je, waktu solat terjaga, pakaian lebih menutup aurat, and ramai bangla hensem2(hehe). Pintu rezeki tu luas, banyak lagi kerja yang tak memenatkan dan gaji yang lebih setimpal dari segi dunia dan akhirat.

Rakan sekerja mcm shah rukh khan + background music lagu hindustan , itu  la kelebihannya kerja di Mydin..
happening =)

Kadang2 jadi la prihatin..
Dulu2 mak selalu bercerita tentang bosnia herzegovina sebelum zaman perangnya..
Negara kaya yang selalu membazir makanan, yang sentiasa bersenang2..
Nak tunggu Allah tarik nikmat kita seperti mereka..
Mereka saudara seagama kita di palestin memerlukan kita..
Kalau kita yang satu Nabi tidak prihatin, habis siapa lagi yang kita nak harapkan..
Ya Allah selamatkan ibuku,ayahku, abangku,kakakku dan adik2ku di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan.. dan diseluruh dunia. Moga suatu hari kami akan berhimpun dengan kekuatan di bawah lindungan dan kasih sayangmu.




No comments:

Post a Comment

lovey dovey