Tuesday, January 15, 2013

My Way- ukhwah yang terbina melalui peperangan


Untuk kali yang ke berapa tonton filem ni. Sangat unik.
Cerita zaman perang dunia kedua yang nampak sangat real, dan yang hebatnya filem2 asia berbanding filem barat, dalam kesusahan zaman perang itu masih terselit sifat kemanusiaan antara watak-watak utama.

Kekuatan filem ini bukan hanya terletak pada babak-babak perang yang kejam dan menjadi, tapi macam mana dua watak utama yang asalnya musuh dari kecil, berakhir dengan persahabatan yang sangat indah ukhwahnya. sehingga tahap bila watak Kim Jun Shik mati sahabatnya Tatsuo membawa namanya dan meneruskan kehidupan dengan menunaikan impiannya untuk menjadi marathoner yang berjaya.

Yang lagi best, tak perlu ada adegan percintaan dalam filem ni, tapi still dapat rasa kasih sayang antara dua insan melalui persahabatan. Ada satu adegan bila Tatsuo terjumpa balik Jun Shik yang terpisah. Waktu tu nak sangat tengok diorang berpelukan gembira. Tapi kerana watak kedua-duanya adalah terlebih kelelakian. maka diorang cuma tengok wajah masing2 dengan ekspresi yang bercampur happy+terharu+mungkin sedih.

Mesej yang didapati dari filem ni sangat unik

1. Perasaan itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang keterlaluan, benci keterlaluan atau tidak ambil peduli pada seseorang. Kadang2 kita tak perasan, kita bencikan seseorang itu kerana kita tak mampu miliki apa yang dia ada. Jadi kita memilih untuk membenci, tapi disebalik perasaan benci itu terselit perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap hidup orang itu. Dalam filem ni. Tatsuo terlampau membenci Jun Shik selepas datuknya mati di bom. Tapi bila dia susah bersama Jun Shik meredah gunung bersalji untuk menyelamatkan diri, baru dia sedar sekian lama dia rindukan Jun Shik sebagai seseorang yang pernah berkawan dengannya waktu kecil.

2. Filem ni dah terang-terang tunjukkan bagaimana pihak atasan menggunakan orang bawahan bagi memenuhi agenda mereka. Sampaikan mereka menganggap pantang berundur dari medan perang.Bila fikir rasa kesian pada tentera bukan Islam waktu kini yang terpaksa berperang tanpa tau kenapa mereka perlu berperang. Mungkin ini sebabnya ramai tentera Israel membunuh diri,kerana tiada tujuan hidup dan hidup selalu dihimpit rasa bersalah bila membunuh wanita dan kanak-kanak.

3. Point paling clear, sahabat yang selalu bersuka bersama kita tak semestinya akan kekal baik bersama kita melainkan telah teruji mereka bersama ketika susah. Jadi kepada orang pompuan terutamanya yang suka idup berpuak2,bergeng2..seganlah dengan diri anda jika suatu hari geng anda hilang dan orang yang anda pernah mengumpat dulu yang hidup bersama anda sekarang.

4. Yang terakhir.. Joe Odagiri sangat awesome and hensem.k bai .

Jom layan sountrack my way


No comments:

Post a Comment

lovey dovey