Bila terbitnya isu Listen!Listen!Listen!
Ramai mula prihatin pada Ms Bawani,tapi ramai masih tak sedar institusi kita sangat fail dalam melahirkan manusia berpelajaran yang hebat dan tahu apa yang mereka mahukan.
Kita flashback zaman sekolah..
Bila cikgu tanya murid "ada apa2 yang tak faham boleh tanya sekarang"
" Faham" jawab murid-murid dengan lajunya.
Di belakang cikgu " Cikgu Aya tak best, ajar tak faham,laju"
Nampak situasinya di sini. Pelajar kita sekarang amat takut untuk menyuarakan pendapat mereka.Takut tersalah cakap, takut di cop sebagai poyo dan yang lebih tepat tak tahu nak bertanya apa sebab tidak faham. Jadi di sinilah munculnya generasi copy and paste. Apa yang guru bagi itu la yang mereka pastekan di dalam buku latihan. Usaha untuk mencari jawapan sendiri dengan kemajuan internet??lebih baik berfacebook fikir mereka.
Teringat masa saya di tingkatan 2 dulu, di sebuah sekolah pedalaman di perak. Waktu malam kami ada kelas prep. Waktu prep inilah kami ambil peluang untuk membuat kerja sekolah berlambak yang cikgu bagi. Disebabkan tak suka buat kerja sekolah, saya memilih untuk menyiapkan kerja itu cepat2, ketika free di sekolah atau waktu2 peralihan guru di antara subjek2 di kelas.
Waktu prep saya gunakan untuk mengulangkaji pelajaran dengan membuat peta minda. Ketika kusyuk menelaah fakta 2-3 kali supaya dapat point terbaik dalam peta minda itu, akan ada kawan-kawan yang bertanya tentang apa yang tidak faham. Kerana budaya kedekut ilmu itu haram bagi saya maka saya cuba membantu.
Tetapi, bila ada 2-3 orang yang tanya saya "apa maksud pengalaman dalam bahasa Inggeris" sambil tangannya pegang dictionary, saya akan jawab "xtau la,cari la dalam kamus tu" dan lepas tu mereka akan bertanya lagi sambil pegang dictionary.
Pointnya, bukan saya tak nak bagitau, tapi sebagai seorang budak yang membesar di pedalaman, hebat mana sangatlah penguasaan bahasa inggeris saya ketika itu. Yang lebih penting, saya rimas bila kawan2 tadi tak berusaha untuk mencari sendiri sedangkan jalan dah diberi, tu ha kamus depan mata. Kesimpulannya kawan2 saya tadi memilih untuk disuap oleh saya, kerja yang lebih mudah.
Itu cerita sepuluh tahun dulu..
Bayangkan bagaimana dengan generasi anak-anak sekarang..
Internet dah depan mata, bila disuruh cari maklumat "tak tau la cikgu"
Tapi hari2 dok cerita hebat FB , Twitter..yang tak layan benda2 tu semua kategori jakunzi agaknya.
Jadi peribahasa kais pagi makan pagi kais petang makan petang dah tak relevan dalam situasi sekarang. Kita boleh tukar Cikgu tolong kaiskan, murid2 tunggu dan nganga mulut untuk disuapkan.
No comments:
Post a Comment