Wednesday, January 2, 2013

K-Pop dan kegilaan

Frankly, I am one of them..k-pop die hard fan. Sebut je nama-nama TVXQ,Super Junior, SNSD and banyak lagi la, memang dah hafal diorang punya karakter dan kelebihan.

Tapi pada satu hari, bila terbaca tentang kisah disebalik lagu Gangnam Style yang sangat-sangat popular (walaupun sampai sekarang saya tak dapat nak feel kenapa lagu ni popular ek??) saya rasa macam sangat kesian dan simpati dengan nasib rakyat korea selatan sebenarnya. Mereka terlampau disajikan dengan hiburan-hiburan yang melampau sampaikan mereka tak sedar tujuan hidup yang lain selain daripada menjadi popular dan dapat duit yang banyak dan satu lagi obses menjadi cantik/hensem.

Akhirnya bila semua benda yang diorang kejar tu dah takde mulalah ramai yang ambil keputusan untuk menamatkan nyawa sendiri. 

Kesian sangat dengan diorang sebab kalau difikirkan diorang ni dikira jahil dan sangat zero pengetahuan tentang sinar Islam yang sebenarnya sangat cantik untuk kehidupan berbanding keadaan sekarang yang rata-rata beragama kristian/buddha (tapi xamalkan) dan tidak beragama.

Saya juga peminat Running Man..bagi saya variety show ni sangat sempoi, dan lawaknye ada kelas and off course original tidak ditiru. Teringat kata2 cik sufi, pelawak Malaysia ni selalunya habis tinggi education pun lepas SPM..sebab tu lawak yang diorang buat kebanyakannya lucah, takde isi n tengok sekali pun dah cukup. Setuju bangat dengan sufi dalam hal ni. Di korea kebanyakan selebriti kena ade degree dalam bidang masing-masing. Sebab tu agaknya show yang diorg buat lebih nampak real life?? 

Dalam Running Man ade national MC mr Yoo Jae Suk. Mula2 tengok muka dia memang tak minat sebab ala-ala pakcik2 and tak hensem lak tu. Tapi bila tengok dia sekian lama baru tau, dia seorang yang friendly. Even makcik-makcik kat pasar2 tu kalo yang lain lalu diorg tak heran tapi kalau Mr Yoo Jae Suk ni lalu mule excited..cam nampak artis kegilaan ramai gitu.

Dan mulelah otak udang ni berfikir, jika someone yang sangat baik, disenangi orang ramai dan sangat popular macam MC Yoo ni memeluk Islam..inshaaAllah sinar Islam akan berkembang di korea selatan.

so Malaysian muslim,we actually have a very great mission. Kenapa sekadar nak minat, kan elok kita tarik mereka2 yang kita minat tu ke arah kebaikan. Lets start with Mc Yoo..hehe.Jadi pendakwah walaupun secara kecil-kecilan tapi bila boleh tarik seseorang yang kita sayang inshaaAllah..hikmahnya besar-besaran.

MC Yoo aka Yoo Jae Suk


Untuk yang tak pernah baca boleh tengok sini tentang kisah sedih disebalik tarian Gangnam ini. Percaya sangat itu tidaklah, tapi memang dah clear industri hiburan korea memang begitu.


No comments:

Post a Comment

lovey dovey