Tuesday, January 3, 2012

Ombak Rindu Vs Madrasapattinam

Assalamualaikum

Kat sini saya bukan nak buat review filem, tapi sebagai satu perkongsian yang orang melayu (islam?) kita tak sedar kadar pemikiran kita dah jatuh ke tahap yang amat remeh.

Ok sebelum tu nak godak sikit pasal dua filem di atas, yang first Ombak rindu


Kisah Izzah yang dipaksa menjadi pelacur oleh pakciknya, dan akhirnya dibeli oleh Haris dan bla,bla,bla.tak payah cerita panjang2 rasanye semua dah hafal jalan cerita filem ni.

sebelum tengok cerita ni memang rasa teruja, ye lah sana sini orang kata best siap kata mat2 rempit jiwa kental pun boleh tangkap nangis. Tapi selepas tengok (kat astro first je), terasa..perlu kah menangis. Cerita biasa2, tipikal cinta orang melayu yang heronya anak datuk, ada mak yang garang and berlagak (datin off course), dah ada awek and yang paling penting tudung heroin mesti pelik, ntah fesyen planet mane??. Tapi kutipan filem ni lebih dari RM 10 juta. Apekah nilai 10 juta ini??

Endingnya..happily ever after..


second movie Madrasapattinam




Movie tamil ala2 Titanic yang memang penuh dengan adegan percintaan bersopan, sejarah dan yang paling penting tak perlu adegan berkemban and atas ranjang. Filem ini berlatar belakangkan tahun 1945 semasa perang dunia kedua dan British menjajah India di kawasan Madras (chennai, india).
Filem bersejarah ini yang memaparkan kisah percintaan seorang gadis British , Amy Wilkingson yang datang ke Madras mengikut bapanya seorang gabenor British. Semasa di Madras Amy telah jatuh cinta dengan seorang lelaki tempatan yang kerjanya mengambil upah mencuci kain orang atasan. Yang hebatnya filem ini, kisah percintaannya lebih hidup kalau nak banding Titanic(dua2 cerita sejarah) kerana cintanya lebih suci tanpa perlu adegan berzina. Dan latar belakang filem di Madras pada tahun 1945 nampak amat real dan filem ini memang bagus untuk mengetahui sejarah india lebih lanjut.

nak buat perbandingan

1. filem melayu masih cetek nilai akhlak Islamnya, tambah2 bila dikaitkan dengan percintaan. Kadang2 rase malu bile tengok filem kafir tapi tak perlu adegan2 lucah yang tak patut.

2. Tak ramai producer filem berani letakkan kerjaya hero filem Melayu sebagai biase2 dalam cerita serius.Komedi memang berlambak. Apa salahnya hero itu cuma berkerja sapu sampah..yang penting dia hero.

3.Dialog dalam Ombak rindu nampak tak real, tak sesuai diguna untuk kehidupan seharian contoh kate la kite cakap kat kawan camni "izinkan daku pergi ke library"..terlampau novelnya diri. Cuba cari dialog dalam madraspattinam ni "what is your name, selvi?"..mmg normal sangat orang kampung cakap camtu.

4. Bukan nak sokong agama hindu, tapi dalam filem2 tamil ni orangnya amat la alim, adegan sembahyang tak tinggal, tapi berapa kerat dalam filem melayu hero or heroin akan sentuh bab2 solat. Solat pun doa je, 2 pun sebab ade musibah.

5. Apa yang kita dapat dari kedua2 filem. Ombak rindu..err..xtau, Madrasapattinam ..baru saya tau, betapa susahnya India mengharungi zaman penjajahan British. Selama ni dalam buku teks sejarah cuma bagitau India menjadi tempat pengkalan tentera british, maybe org di India senang lenang..uhuks.


Conclusionnya..bukannya nak hina filem sendiri, dan bukan juga nak menggalakkan sangat tengok filem2 ni. Tapi filem dan tv adalah salah satu faktor mengapa dari segi akhlaknya Melayu Islam sedang mengalami zaman gelap(jahiliyah). Semoga suatu hari nanti orang Melayu lah yang akan membangkitkan filem2 yang bersih sepenuhnya..yang baik akhlaknya dan lillahi taala.

Kan elok kalau KRU PRODUCTION buat filem Sultan Muhammad Al-Fateh..rather than Vikingdom?(salah satu kaum yang dipercayai Yakjuj Makjuj)

No comments:

Post a Comment

lovey dovey