Monday, January 2, 2012

2012 dan petanda-petanda akhir zaman

Usia dah bertambah dan semoga keimanan pun bertambah. 2012 ni tahun yang agak popular dengan berbagai ramalan, kiamat, gempa bumi tapi yang pasti kita sebagai umat Islam sudah lama mempercayai hari kiamat itu pasti ada dan hanya Allah s.w.t yang tahu harinya. Yang mampu kita buat..tambahkan amal ibadat.

Di sini saya nak share beberapa fakta tentang petanda akhir zaman yang telah pun di bukakan hijabnya supaya manusia dapat memilih jalan yang lurus.

1. Pokok sudah boleh bercakap di palestin -pokok Qhardaq



Pada awal 2002, negara Palestin heboh dengan kisah pokok yang boleh bercakap dengan manusia. Cerita ini khabarnya terjadi semasa tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka bertujuan untuk memeriksa samada terdapat rakan-rakan seperjuangan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Di pertengahan jalan, mereka ternampak seorang pendatang Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu pun sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut yang sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Islam Palestin.

Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi tersebut berjaya melarikan diri. Mereka mengejarnya hingga ke jalan mati, tetapi Yahudi tersebut telah menghilangkan diri. Selepas gagal mencari, mereka memutuskan untuk membatalkan saja niat asal mereka.

Tetapi baru saja mereka berpaling, kedengaran satu suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Mereka saling berpandangan dalam kehairanan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja ? Mereka pun menganggap ianya satu kesilapan dan mula beredar.

Sekali lagi ketika melangkah, suara misteri memanggil-manggil mereka semula. Kali ini, suara itu kedengaran lebih jelas. Mereka pun membatalkan niat untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara misteri itu datangnya daripada sebatang pokok yang berada di situ. Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran lagi pokok itu berkata-kata dengan lebih jelas.

Pokok itu memberitahu bahawa pemuda Yahudi yang dikejar oleh mereka itu, sedang bersembunyi di belakangnya. Katanya lagi, tidak ada perkara yang lebih utama bagi kamu melainkan membunuhnya kerana Puak-Puak Yahudi itu sendiri yang mula menzalimi penduduk di Palestin.

Mereka pun segera melihat di sebalik pokok yang bercakap tersebut. Ternyata benar apa yang diberitahu oleh pokok tersebut, pemuda Yahudi yang hilang tadi sedang menyorok di situ. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh pemuda Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.

Dalam waktu yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Bandar Ramallah dan sampai juga ke telinga Puak Yahudi. Kejadian itu telah menakutkan tentera-tentera Israel sehinggakan jumlah tentera mereka semakin berkurangan di Ramallah.

Ramai juga yang kurang percaya tentang kebenaran peristiwa, hinggalah beberapa media utama di Palestin turut menyiarkannya sebagai kejadian yang terbukti benar berlaku. Akhbar Afaq Arabiyyahkeluaran 15 Mei 2002 turut menyiarkan kenyataan As-syaheed Sheikh Ahmad Yassin yang juga mengesahkan kesahihan peristiwa tersebut.

2. Kegiatan homoseksual yang secara terang-terangan



Dua orang lelaki Argentina telah mencabar undang-undang negara untuk melaksanakan perkahwinan sesama jenis pertama di Amerika Latin.

Bulan lalu, hakim mahkamah yang lebih rendah di Buenos Aires membersihkan jalan bagi perkahwinan dengan membubarkan undang-undang perkahwinan Argentina sebagai tidak konstitusional.

Tapi kemudian pasangan itu tidak dapat menemui seorang pegawai di Buenos Aires yang akan bersetuju untuk mengahwini mereka. Pada akhirnya kedua-duanya berjalan sejauh 2,000 kilometer jauh ke selatan Argentina di mana mereka boleh berkahwin.

Perkahwinan gay adalah haram di Argentina, tetapi gabenor wilayah mengeluarkan surat keputusan khusus untuk membolehkan dua orang itu untuk berkahwin.

Salah seorang pengantin itu, Jose Maria Di Bello, mengatakan dia berharap pernikahannya akan menjadi tauladan kepada negara-negara lain.

"Saya ingin penyatuan ini melambangkan bahawa titik ini, yang lebih jauh ke selatan dunia adalah akhir dari dunia, tetapi juga awal dari segalanya," katanya.

"Dan dari Ushuaia, bandar lebih jauh ke selatan dunia dan daripada Argentina kita menumpahkan cahaya, ke seluruh Amerika Latin dan Caribbean."

3. Artis lebih diagungkan berbanding ulamak

sila pilih:
yang ini??
yang ini??


atau


yang ini??




4. Gempa bumi di seluruh dunia

gempa bumi -Padang Sumatera Indonesia
gempa bumi -Jepun


5. akan ditambah lagi akan datang..

No comments:

Post a Comment

lovey dovey