Nak cari kekuatan iman itu!!
Kadang-kadang Allah s.w.t tidak menguji kita dengan dugaan fizikal, tetapi dia memberikan kita dugaan Emosi. Cuba tengok di dunia ni, berapa ramai yang bunuh diri kerana gangguan perasaan, bukan kerana kesakitan fizikal. Gangguan perasaan yang diselami dengan hasutan syaitan itu kadang2 simple2 je, contoh jeles dengan kawan dekat tempat kerja, rase cam orang tak sayang kita secara tiba2, rasa keseorangan dan yang paling dasyat touching tak bertempat.
Dengar cam biase2 je kan..tapi bagi orang yang pernah mengalami benda ni ianya satu beban yang tak tertanggung. Benda ni memang berkait rapat dengan self-esteem.
Yang paling ketara terutama golongan perempuan, yang akan serta merta depress terutama kalau melibatkan penampilan diri. pernah dengar tak situasi ni, contoh si Melah(bukan nama sebenar) seorang yang single, tetapi si melah selalu terpaksa menemani kawannya yang cun ala2 diana danielle yang namenya laili natasha (jgk bkn nama sebenar). Hari2 melah akan duduk macam tunggul sambil tengok diorg berdating dan kalau adepun kawan si boyfriend si Laili ni datang diorang bertiga akan borak cam nak rak dan tinggal la si Melah ni sorang2 cam tunggul gak.
Lame2 si Melah mula kumpul dalam mindanye '"biarlah, aku tak cantik, Laili lagi cantik". Melah mula rasa hilang keyakinan diri, tambah2 bila bersama dengan Laili orang lebih banyak menegur Laili berbanding Melah. Nak2 pulak, sebelum tidur si Melah ni sure akan dengar lagu Stacy mencintai aku..dengan seadanya..huhu. Kesimpulannya Melah dah mula berada di tahap emosi yang paling negatif.
Apa yang Melah buat waktu tu?? telan racun tikus?terjun dari apartment 12 tingkat? semua ni boleh jadi kalau Melah bukan beragama Islam. Tapi kalau Melah beragama Islam, secebis iman pasti akan membantu Melah. Tambah bonus, kalau Melah ade kawan2 yang caring yang akan share problemnya, Tapi korang rase si Laili tu jenis orang camtu ke, jadik Melah memang xde ape2 bonus.
Kat sini la mulanya cabang dugaan itu. tetapi yang paling penting kita kena tau, kita adalah orang yang paling layak menerima dugaan itu kerana Allah telah menguji manusia dengan ujian yang layak untuknya.
Kalau Melah berjaya harungi ujian itu, mana tau si Melah akan lebih hebat dari si Laili, dan Melah akan dapat seorang yang berharga iaitu suami berbanding boyfriend yang dah tentu haram.
Binalah kekuatan emosi dari sekarang, caranya
1. amalkan baca Ma'thurat setiap hari- syaitan tak boleh menghasut
2. Jangan tinggal solat
3 dan yang penting, khusnul khatimah(bersangka baik) pada diri
orang lain tak boleh kalahkan orang yang hebat..terutamanya bila diri sendiri yakin dia memang hebat. sikap poyo sedikit kadang2 tak salah..huhu.
No comments:
Post a Comment