Sunday, August 18, 2013

Menunggu kemunculan 'Musa' menjatuhkan firaun moden..

Arab spring, satu kebangkitan negara2 arab yang dimulakan oleh Tunisia,Mesir ,Libya dan Syria. Kemenangan kuasa rakyat menjatuhkan pemimpin mereka yang zalim membungakan hati penganut Islam di seluruh dunia, fikiran yang sama terbit "kemenangan Islam sudah tiba".

Namun satu bahaya yang tidak diketahui kebanyakan dari kita, sejauh mana arab spring itu akan memastikan kebangkitan Islam . Isu di Syria misalnya,jika maklumat yang dikutip adalah dari facebook semata-mata,mata kita akan tertutup dan kita akan berhenti menilai.  Media pro zionis termasuk Al Jazeera (wallahualam) menunjukkan pada kita kejahatan pemimpin2 yang ingin dijatuhkan ini. Kesannya

1. Muammar Ghadafi yang berjasa pada rakyatnya dibunuh mereka kerana kejahatannya disebarkan, sedangkan jika mereka(rakyatnya) melihat dan lebih meneliti mereka akan cepat memahami itu agenda US-NATO-ZIONIS dalam menghapuskan pemimpin yang tidak sekepala dengan mereka.

2. Di Syria dikatakan perang berlaku antara Rejim Basyar Al-Assad dan FSA(free syria army) yang dianggap mujahidin. Pada asalnya penentangan disebabkan puak pembangkang yang tidak berpuas hati dengan al- Assad namun isu Sunni-Syiah dicanangkan sehingga simpati memihak pada mereka yang menggelar diri sebagai FSA. Sehingga kini ramai masih menganggap mereka wira sedangkan mereka adalah rancangan US-NATO-ZIONIS untuk memecahbelahkan umat Islam. Masuk tahun kedua kini,berpuluh ribu rakyat Syria mati. Pendapat sesetengah ulama yang salah seorangnya Allahyarham Syeikh Ramadhan Al-Bouti , meminta supaya umat Islam tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dalam isu Syria ini dan memilih yang paling kurang mendatangkan mudarat. Dalam hal ini Basyar Al-Assad memang diakui kediktatorannya,namun menentangnya dengan sokongan  musuh Islam no. 1 zionis adalah lebih memudaratkan dan menjadi punca kematian ramai muslim di Syria.

3. Di Mesir pula rakyat sudah berlapang dada memilih pemimpin yang berwibawa dan meyakini Presiden Mursi akan memastikan bumi Mesir disinari cahaya Islam. Muncul pula golongan sekular yang digabungkan dengan mereka yang kalah pada pilihanraya yang lalu melakukan rampasan kuasa yang paling keji. Presiden Mursi yang hanya memegang jawatan presiden selama setahun dijatuhkan oleh mereka2 yang kalah dan pemimpin tentera yang dilantiknya sendiri.

Dan di sini bermulalah krisis Rabiah (4 ) di Mesir..

Rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan di dataran Rabiah Al Adawiyah bagi menyokong Mursi dan terdapat segolongan mereka yang sekular dan dari golongan pembangkang mengadakan juga tunjuk perasaan.

Tanpa segan silu,pihak tentera melantik Adly Mansour sebagai presiden sementara dan Al-Baradei yang pernah kalah dalam pemilihan dalam pemilihan presiden sebagai timbalan presiden.

Kuasa sepenuhnya di bawah ketua tentera mesir As-Sisi.

Sehingga kini hampir 3000 nyawa yang syahid dan Mesir kembali ke zaman firaun lakanatullah. Pimpinan Ikhwanul Muslimin ditangkap dan nasib Presiden Mursi tidak diketahui. Kali terakhir melihatnya dalah sebelum perintah berkurung padanya dijalankan di rumah.

Keadaan Muhammad Mursi yang cuba dilenyapkan secara perintah berkurung ini mengingatkan kembali kisah Sultan Hamid II khalifah terakhir Turki Uthmaniyah yang juga dikenakan perintah berkurung bersama semua ahli keluarganya di istana yang terpencil supaya mati perlahan-lahan. Yang lebih menyedihkan juga, Sultan Hamid II di jatuhkan kerana tentangan rakyat Turki pada masa itu yang lebih mempercayai pembohongan Mustafa Kamal Attarturk laknatullah. Selepas kejatuhan sistem khalifah barulah mereka sedar.

Serangan pihak tentera kepada penunjuk perasaan sehingga menyebabkan kematian juga mula membuka mata penunjuk perasaan yang pada mulanya menentang Muhammad Mursi.

Dikisahkan seorang penyokong anti-Mursi menembak dirinya sendiri setelah melihat sendiri sahabatnya yang cuba mempertahankan Mursi ditembak tentera yang zalim. Penyesalan yang menyebabkan dia menggadai akhiratnya.

Kezaliman Firaun yang berulang kini mungkin akan membawa kepada kemenangan Islam
Kerana Firaun yang mengaku tuhan itu lemas di dalam laut merah apabila Allah s.w.t mengutuskan Musa A.S
Dengan izin Allah s.w.t juga akan muncul 'Musa' yang akan menghentikan kekejaman tentera itu .Kemenangan Islam yang dijanjikan di dalam Al-Quran akan tiba tidak lama lagi, siapa kita hari ini akan mementukan kita dipihak yang menang atau yang kalah. Wallahualam bissawab.


No comments:

Post a Comment

lovey dovey