Terus terang..
Saya dihurungi perasaan sedih,dan rasa tidak disayangi. Sebabnya saya baru tersedar(sebenarnya dah lama). insan yang saya anggap menyayangi saya rupa-rupanya tidak. Kebaikannya selama ni wujud bila tiada orang lain yang menemani.
Baikkah lelaki begitu..untuk waktu ini saya akan menggeleng seratus kali. Tak tau la pulak untuk waktu yang lain. Lelaki yang saya anggap motivasi untuk diri, yang mana saya terdorong untuk melengkapkan lagi ilmu bila teringatkan dia. Lelaki yang status facebook sangat islami. Lelaki yang..entahlah. Tiba2 terasa saya tidak mengenali lelaki yang satu ini.
Hati perempuan ini sangat halus sifatnya..seperti kristal kuprum sulfat(ok yg ini mmg sy gila). Sekali disentuh,akan berubah bentuknya. Jangan sesekali menyentuh hatinya, jika tidak ingin kamu nikahinya.
Tidak kisahlah kamu itu,calon suami ke syurga, ustaz ada PHD, berkopiah ke mana2..itu bukan tiket untuk kamu menyentuh hati perempuan dengan niat suka2.
InshaaAllah malam ini, saya akan memilih untuk hidup dengan tenang. InshaaAllah tiada lagi berbaik sangka padanya dan sentiasa memaafkan kerana InshaaAllah, dia tiada lagi dalam diari hidup saya.
Saya terjumpa sepotong ayat dalam FB.."tidak perlu bersedih jika dia meninggalkan kamu tetapi kasihan padanya kerana dia meninggalkan insan yang benar2 mencintainya"
p/s: saya tidak bercouple, cuma kadangkala berhubung dengan msg, fb dll. Alhamdulillah, saat ini saya sangat sedar berhubung tanpa keperluan itu juga tidak baik untuk bukan mahram. Maka saya redha..Allah dah tetapkan jalan yang lebih baik untuk saya.
No comments:
Post a Comment