Thursday, January 2, 2014

Solidariti Bersama Palestin


 "Aku tidak risau tidak dapat membantu, tetapi aku risau jika anak-anak kecil yang dibunuh mengheretku di padang Mahsyar kerana hanya mampu memandang mereka ketika mereka memerlukan aku sbg saudara mereka "



Mereka saudara kita
Anak-anak kecil kita
Ibu-ibu kita
Ayah-ayah kita
Abang dan kakak kita

Tidak malu untuk kita mengaku umat Islam itu bersaudara
Sedangkan kita kenyang malah membazir di sini sedangkan mereka mati kebuluran
Tidak segan kita bersyahadahkan Muhammad itu pesuruh Allah dan kita umat Nabi Muhammad s.a.w
Bilamana kita tidak pedulikan khabar mereka berbanding siapa yang disingkirkan di maharaja lawak
Tidak canggung kita bermegah dengan Islam sebagai agama kita
Sedangkan kita sanggup belanjakan berpuluh malah beratus ringgit untuk kecantikan diri dengan membeli pakaian,tudung bermacam fesyen dan produk kecantikan tetapi sangat lokek untuk menderma sekadar rm20 untuk saudara-saudara di sana


Sampai tiba masanya..
Saudara mana yang akan mengheret kita ke syurga di padang Mahsyar kelak
Yang mana akan menarik kaki kita dari melangkah ke syurga

Kita bersama mereka
Bakal-bakal syuhada
Bakal penghuni syurga
Yang berjuang mempertahankan Al-Aqsa
Yang berjuang mempertahankan Palestina
Demi Allah
Demi Muhammad ya rasulullah
Demi kesinambungan Islam untuk bakal anak-anak kita

Mari menderma





 Gambar disedut dari FB  Aqsa Syarif. Jom like.

No comments:

Post a Comment

lovey dovey