Baru pindah keluar dari bilik yang sangat sempit dan crowded itu. Nak start new life dengan sesuka hati tanpa ada gangguan. First, I nak beli tv. Letak dalam bilik, senang nak tengok buletin utama tv3 yang suke menipu itu. Memang bilik idaman semua orang ada tv sebijik di dalamnya. Tak yah berebut channel dengan yang lain.
Second..langsir dengan cadar mesti ikut tema..hehe.
Nak pastikan apartment baru I ni se 'class' hotel 3 bintang. Kenapa bukan 5 bintang??sori..tak mampu. Tinggi sangat costnya.
Konsep hidup dalam satu bilik bersama-sama ni sebenarnya mudah. Semua kena saling memahami. Kalau tak sekepala pun takpe. Tapi at least hormat roommate lain. Jangan dok karok sorang2 pkol 2-3 pagi padehal roomate sebelah tengah nak tido. Tapi itulah, manusia memang camtu. Ade yang gile. Sekurang-kurangnya harap simpan gila tu untuk sorang diri. Jangan tunjuk kat orang lain please.
Jadi setelah hampir 4 bulan bertahan, I ambik keputusan kalau tak nak jadi gila, tinggalkan orang yang gila itu secepat yang mungkin. Senang.
Baru habis marathon tengok drama Priceless. Lakonan Takuya Kimura.
Kindaichi merempat tidur dekat padang lepas kena buang kerja |
Share satu bilik.yang paling tua pernah jadi ketua jabatan, yang tengah accountant dan kindaichi jurujual. |
Makanan percuma untuk orang miskin. |
Tentang Kindaichi (takuya kimura) yang merempat selepas dibuang kerja. Rumah pulak meletup kena sabotaj. Sampailah dia terjumpa dua orang budak kecik yang tunjuk dia cara nak hidup dan cari duit kalau dah jadi miskin.
Sangat banyak value cite ni. Yang gambar kat tengah tu tempat tinggal kindaichi. Sewa dengan harga sangat murah 500 yen (kalau malaysia kira2 RM 15). Masa mula2 dia datang, dia tinggal sorang je. Tapi lama2 dua orang kawannya yang kena buang keje ..datang situ jugak. Terpaksa berhimpit satu bilik. Bermula disitu diorang berusaha untuk hidup dengan jual hot dog, lepas tu jual termos.
Dan yang hebatnya tentang mana2 drama japan ni, bukan hasil usaha tapi cara bagaimana diorang berusaha tu yang penting. Sangat touching.
Point yang I sangat dapat kat sini, keindahan ukhwah. Disebabkan tak nak ukhwah itu rosak, maka I keluarkan diri dari bilik yang crowded itu. Sangat clear..nak hidup bersama-sama. Kita memerlukan starting point yang sama. Susah sama2. Baru terasa indahnya ukhwah dengan orang yang asing pada mulanya tu.
No comments:
Post a Comment