Tuesday, March 13, 2012
Kata-kata yang Indah dan baik akan tinggal lebih lama di hati
Subhanallah..setelah sekian lama , baru habis tengok cerita ketika cinta bertasbih 1 dan 2. Selama ni ramai orang promote pada saya, tapi mentaliti yang mengatakan filem Indonesia adalah kosong (kecuali ayat-ayat cinta) sama seperti filem-filem melayu yang sama ending nya, memang tersilap.
Mengalir air mata tengok beberapa adegan dalam filem ini yang membuktikan kebesaran Allah. Tak perlu adegan cinta berlebihan, rindu yang tiada sempadan dan kata-kata romantik. Adegan Khairul Azam menangis syukur kerana lulus pengajian sudah cukup memadai untuk merasakan kenikmatan yang tuhan berikan.
Cinta memang fitrah manusia yang kita boleh dapat pelajari dalam filem ini, tetapi fitrah yang lebih baik adalah kata-kata yang digunakan, semuanya seperti doa.
setiap dialog disertakan
1. Alhamdulillah
2. Subhanallah
3. Astaghfirullah
4. Amin
Setiap dialognya bermakna, bersopan tidak perlu terjerit-jerit dan emosi hanya digambarkan dengan wajah pelakon yang sentiasa tersenyum terutama ketika menegur seseorang. Terdidik sedikit jiwa ini.
Dan tersedar seketika betapa khilaf diri ini melontarkan kata-kata sekian lama.Kadang-kadang tidak sedar ayat-ayat kasar yang dianggap sebagai gurauan boleh mendidik jiwa kita ke arah kekasaran dan tidak indah. Bahasa yang kita gunakan menggambarkan jiwa kita di dalam.
Saya ambil contoh beberapa filem Malaysia yang saya tonton,iaitu adnan sempit. Saya cuba menontonnya hingga habis tapi filem itu terasa kosong, hanya dipenuhi lawak-lawak tiada faedah dan yang penting kata-kata kasarnya tidak menydapkan telinga yang mendengar.
Musibahnya, filem-filem seperti ini yang paling banyak di Malaysia, dan nauzubillah ...generasi muda terutama di peringkat sekolah memilih corak percakapan sebegini untuk merasakan diri lebih hebat.
Kita berhak memilih apa yang kita dengar dan apa yang kita bakal katakan, berkatalah dari hati serta iman dan bukanlah dari lidah yang tidak bertulang.
Sama-sama kita berhijrah ke arah deria yang sihat..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment