Saturday, December 28, 2013

Atasinchi comics-Pottery Class









Atasinchi- Tingkah laku Orang Jepun


New video Atasinchi uploaded..

Khawater -Perbandingan akhlak masyarakat Jepun berbanding Islam



Quote Khawater
"Kami tidak bermaksud untuk mengagumi,tetapi mengambil iktibar dari setiap kebaikan"
Apa yang kita panggil otak Jepun (kalkulator) menjadi gajet wajib bagi setiap pelajar sekolah, kegunaannya sometimes hanya untuk mengira 50 / 50 yang jawapannya = 1. Persoalannya,apa sudah bodoh sangatkah budak kita?

Dalam rancangan khawater yang disiarkan di Al-Hijrah,hos cuba membandingkan pengetahuan anak-anak Jepun berbanding anak-anak Arab. Soalan yang ditanya siapakah Al-Khwarizmi?

Budak Jepun "Pakar matematik"
Budak Arab " Tidak tahu "

Padahal Al-Khwarizmi itu seorang berbangsa Arab.

Akhlak masyarakat Jepun,

1. Sentiasa menepati masa, kesalahan besar jika terlewat dalam sesuatu perkara.
2. Sentiasa melayan pelanggan atau tetamu dengan penuh dedikasi. Contoh apabila hos cuba beredar dari bilik pameran, pekerjanya menghantar hingga keluar pintu dan selagi pelanggan tidak berganjak mereka tidak akan masuk ke dalam.
3. Memanfaatkan segala teknologi yang ada untuk kemudahan rakyat, contoh sistem parking yang canggih serta menjimatkan ruang. Basikal pun mempunyai tempat parkingnya yang tersendiri untuk menggalakkan rakyat berbasikal.

Sebut tentang parking ni, teringat agenda Mat Said menteri besar terengganu tentang sistem parking bergilir yang cuba diperkenalkan di Terengganu,yang pastinya rakyat takkan mendapat "kemudahan" sepatutnya.

Apa masalah kita?? Rasuah.. segala perkara yang diperkenalkan akan dikenakan bayaran tinggi yang melampaui had rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

4, Di Jepun terdapat ladang yang dijadikan seperti Zoo. Kelebihannya berbanding Zoo kita yang kotor dan haiwannya sentiasa kelihatan lapar, kanak-kanak boleh merasai pengalaman bersama haiwan-haiwan ternakan seperti di ladang. Mereka diberi peluang mencuba memerah susu dari lembu dan melihat sendiri bagaimana anjing mengawal kambing biri-biri.

5. Terdapat pusat pameran yang menyediakan banyak permainan interaktif untuk memupuk minda anak-anak meminati sains dan teknologi. (Di Malaysia juga ada Pusat Sains Negara,tetapi alat interaktifnya jarang boleh berfungsi, selalu rosak)

Ini sedikit sebanyak yang ada dalam rancangan khawater. Selalu juga terfikir,kelemahan jepun cuma satu iaitu mereka tidak Islam,jika mereka Islam mereka lebih lengkap dari kita. Semoga Allah memberikan lebih banyak hidayah kepada bangsa Jepun ini.

Jawapan kepada persoalan tadi, bodoh sangatkah anak Melayu ni?
Kita tahu anak2 Melayu tidak bodoh, mereka cuma tidak mahu tahu..kerana tahu sesuatu membuatkan minda sesak. Tengok rancangan yang mendapat rating tinggi pun dah  boleh mengagak betapa malas berfikirnya bangsa Melayu. PLAYBOY ITU SUAMI AKU??drama paling berIQ rendah tapi diminati oleh golongan mak2,kakak2 dan budak2 sekolah menengah.

Bukan mahu menghina, sebagaimana risaunya hos rancangan khawater terhadap bangsa Arab, sama jugalah kerisauan itu pada bangsa Melayu, kerana persamaan kita adalah bangsa penganut Islam yang paling ramai.

Teringat ayat hos itu bila melihat pekerja pusat pameran tetap berdiri di hadapan pintu dan menundukkan kepala apabila hos mahu beredar " ya Allah, akhlak mereka..kurniakan kami seperti itu ".

Jika anda ke Jepun, jangan merasa hairan sekiranya hotel mereka menyediakan Al Quran, sejadah dan kompas solat 
                                                                                        cc to fb  @shamkamikaze




Monday, August 26, 2013

Endless possibilities

Sape yang belajar possibility ni dia faham la, 1 over 1000,still possibility ye tak.
Tapi manusia yang mempunya DNA kompleks macam kita ni suka possibility half-half
Ya atau tidak.

Sebab tu la bila datang je endless problem je ramai manusia suka beratkan otak,himpun semua problem satu tempat sampai kadang2 otak loading lambat sebab kapasiti dah nak capai kuota..ahaks.

Berlari-lari bayangkan diri comel macam ni boleh reduce catch dalam otak tu wo
Sembang dengan kak Mila semalam (pasal jodoh lagi..yeahhh)
Aku yang tengah bermotivasi tinggi tu mula menjadi socrates
"Kenapa kita orang pompuan ni akan menerima lelaki yang hanya suka pada kita,padahal selalunya la kita tak love-love langsung lelaki tu?"ha terkedu kak Mila nak jawab.

Orang pompuan tak boleh bahagia ke?memang redha tu sangat bagus,terima seadanya. Tapi kalau nak redha sekalipun atleast pilih yang sedap kita pandang (walau kompem tak hensem) dan yang penting bab solat dengan rokok ni mesti kena tegas,tak boleh ada kompromi. Tak solat tu memang tak boleh terima seadanya la kan,bab rokok ni akan menjamin masa depan mental anak2 jadi tak boleh jugak nak main redha2. Nak tak nak kena letak dua syarat tu sebelum kahwin.

Kalau mereka tak nak takpe,byebye my love je la. Ramai lagi manusia adam ni. Yang jadi berat selalu perempuan nak tinggal ni sebab dah mula cinta. Sebab itu Islam melarang cinta hati pada mereka yang bukan 'suami' ni.

"Kalau sampai umur 40 tak kahwin jugak"

"Anggap la Allah nak bagi rezeki sentiasa dekat dan boleh berbakti dengan mak bapak tanpa komitmen lain"jawab aku yang sangat bermotivasi  waktu itu.

Dia tengah bermusafir hati dari jauh mencari kita
Bayangkan hari2

"suami kita adalah yang kita impikan,yang pasti akan datang suatu hari nanti,macam putera raja,walaupun dia datang naik motor kapcai atau jalan kaki"


Tak ke terasa nak senyum hari2 kerana yakin ada seseorang yang kompem halal untuk kita.


Sunday, August 18, 2013

Menunggu kemunculan 'Musa' menjatuhkan firaun moden..

Arab spring, satu kebangkitan negara2 arab yang dimulakan oleh Tunisia,Mesir ,Libya dan Syria. Kemenangan kuasa rakyat menjatuhkan pemimpin mereka yang zalim membungakan hati penganut Islam di seluruh dunia, fikiran yang sama terbit "kemenangan Islam sudah tiba".

Namun satu bahaya yang tidak diketahui kebanyakan dari kita, sejauh mana arab spring itu akan memastikan kebangkitan Islam . Isu di Syria misalnya,jika maklumat yang dikutip adalah dari facebook semata-mata,mata kita akan tertutup dan kita akan berhenti menilai.  Media pro zionis termasuk Al Jazeera (wallahualam) menunjukkan pada kita kejahatan pemimpin2 yang ingin dijatuhkan ini. Kesannya

1. Muammar Ghadafi yang berjasa pada rakyatnya dibunuh mereka kerana kejahatannya disebarkan, sedangkan jika mereka(rakyatnya) melihat dan lebih meneliti mereka akan cepat memahami itu agenda US-NATO-ZIONIS dalam menghapuskan pemimpin yang tidak sekepala dengan mereka.

2. Di Syria dikatakan perang berlaku antara Rejim Basyar Al-Assad dan FSA(free syria army) yang dianggap mujahidin. Pada asalnya penentangan disebabkan puak pembangkang yang tidak berpuas hati dengan al- Assad namun isu Sunni-Syiah dicanangkan sehingga simpati memihak pada mereka yang menggelar diri sebagai FSA. Sehingga kini ramai masih menganggap mereka wira sedangkan mereka adalah rancangan US-NATO-ZIONIS untuk memecahbelahkan umat Islam. Masuk tahun kedua kini,berpuluh ribu rakyat Syria mati. Pendapat sesetengah ulama yang salah seorangnya Allahyarham Syeikh Ramadhan Al-Bouti , meminta supaya umat Islam tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dalam isu Syria ini dan memilih yang paling kurang mendatangkan mudarat. Dalam hal ini Basyar Al-Assad memang diakui kediktatorannya,namun menentangnya dengan sokongan  musuh Islam no. 1 zionis adalah lebih memudaratkan dan menjadi punca kematian ramai muslim di Syria.

3. Di Mesir pula rakyat sudah berlapang dada memilih pemimpin yang berwibawa dan meyakini Presiden Mursi akan memastikan bumi Mesir disinari cahaya Islam. Muncul pula golongan sekular yang digabungkan dengan mereka yang kalah pada pilihanraya yang lalu melakukan rampasan kuasa yang paling keji. Presiden Mursi yang hanya memegang jawatan presiden selama setahun dijatuhkan oleh mereka2 yang kalah dan pemimpin tentera yang dilantiknya sendiri.

Dan di sini bermulalah krisis Rabiah (4 ) di Mesir..

Rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan di dataran Rabiah Al Adawiyah bagi menyokong Mursi dan terdapat segolongan mereka yang sekular dan dari golongan pembangkang mengadakan juga tunjuk perasaan.

Tanpa segan silu,pihak tentera melantik Adly Mansour sebagai presiden sementara dan Al-Baradei yang pernah kalah dalam pemilihan dalam pemilihan presiden sebagai timbalan presiden.

Kuasa sepenuhnya di bawah ketua tentera mesir As-Sisi.

Sehingga kini hampir 3000 nyawa yang syahid dan Mesir kembali ke zaman firaun lakanatullah. Pimpinan Ikhwanul Muslimin ditangkap dan nasib Presiden Mursi tidak diketahui. Kali terakhir melihatnya dalah sebelum perintah berkurung padanya dijalankan di rumah.

Keadaan Muhammad Mursi yang cuba dilenyapkan secara perintah berkurung ini mengingatkan kembali kisah Sultan Hamid II khalifah terakhir Turki Uthmaniyah yang juga dikenakan perintah berkurung bersama semua ahli keluarganya di istana yang terpencil supaya mati perlahan-lahan. Yang lebih menyedihkan juga, Sultan Hamid II di jatuhkan kerana tentangan rakyat Turki pada masa itu yang lebih mempercayai pembohongan Mustafa Kamal Attarturk laknatullah. Selepas kejatuhan sistem khalifah barulah mereka sedar.

Serangan pihak tentera kepada penunjuk perasaan sehingga menyebabkan kematian juga mula membuka mata penunjuk perasaan yang pada mulanya menentang Muhammad Mursi.

Dikisahkan seorang penyokong anti-Mursi menembak dirinya sendiri setelah melihat sendiri sahabatnya yang cuba mempertahankan Mursi ditembak tentera yang zalim. Penyesalan yang menyebabkan dia menggadai akhiratnya.

Kezaliman Firaun yang berulang kini mungkin akan membawa kepada kemenangan Islam
Kerana Firaun yang mengaku tuhan itu lemas di dalam laut merah apabila Allah s.w.t mengutuskan Musa A.S
Dengan izin Allah s.w.t juga akan muncul 'Musa' yang akan menghentikan kekejaman tentera itu .Kemenangan Islam yang dijanjikan di dalam Al-Quran akan tiba tidak lama lagi, siapa kita hari ini akan mementukan kita dipihak yang menang atau yang kalah. Wallahualam bissawab.


lovey dovey