Monday, May 27, 2013

Revolusi Syria- memperjuangkan yang hak dan menentang yang batil.

Disebabkan terlalu banyak isu yang muncul sejak akhir-akhir, isu-isu besar dunia seperti penderitaan rakyat palestin dan revolusi syria mula tenggelam. Nak pula suasana pilihanraya di Malaysia yang belum habis kehangatannya. Kesannya boleh nampak, restoran McD mula dipenuhi semula. Iran masih dilihat sebagai hero Islam.

Kenapa kita umat islam yang berfahaman sunni perlu alert dengan isu syria ini?

Revolusi Syria adalah revoulsi yang bermula di jalanan. Pencetusnya adalah untuk menjatuhkan kerajaan rejim yang zalim.. Ini berikutan fakta yang mana hampir 40 000 rakyat Syria dibunuh oleh pemerintah Bashar Assad. Permintaan rakyat Syria juga supaya meletakkan Allah pada tempatnya dan mempertahankan kebebasan tanah air.Media berat sebelah pula melaporkan rakyat melakukan pemberontak tanpa sebab dan  tentera yang menyebelahi rakyat dikenali sebagai pengganas.(Bukti akhir zaman semakin hampir apabila fitnah itu berleluasa,hanya yang mempunyai iman dapat melihat kebenarannya.)

Majoriti rakyat Syria adalah berfahaman sunni dan Syiah adalah dalam bilangan minoriti. Bagaimanapun kekuasaan sektor syiah lebih meluas kerana pemerintahnya sendiri berfahaman syiah.

Jika sebelum ini kita masih dikaburkan siapa sebenarnya syiah, dan tak nampak keburukan negara yang mengamalkan fahaman ini. Revolusi ini mula membuka mata ramai.

Syiah yang sebelum ini dalam kepura-puraan menonjolkan akhlak yang baik dan menunjukkan tentangan yang sangat hebat kepada Yahudi Zionis tidak dapat terus berlakon dalam menangani isu Syria. Tokoh tertinggi syiah seperti Pemimpin hezbollah Hassan Nasrallah dan Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada tentera rejim Bashar Assad.

Terbaru Hezbollah (dipanggil hebollat-tentera syaitan ) telah menghantar bala tenteranya bagi membantu rejim Assad. Hassan Nasrullah telah menyatakan :

"Pertempuran di Syria adalah penting bagi kewujudan kita di timur tengah, jika kita gagal, kita harus berpindah ke negara-negara lain"

Sungguh mereka takut dengan teguhnya Mujahidin Syria berjuang sehingga mereka masuk campur. Begitu juga Iran yang menghantar tenteranya dan membekalkan senjata perang yang berteknologi tinggi sehebat zionis untuk memusnahkan sunni di Syria.

Sedang wanita kita berlumba menghabiskan duit bershopping Muslimat mereka berjuang mengangkat senjata untuk mempertahankan negara mereka.

Tentera mujahidin

Senjata Mujahidin Syria adalah Al-Quran, kebanyakan daripada mereka adalah para Hafiz yang telah menghafal juzuk2 Al-Quran.


Allah s.w.t telah membuka mata kita dengan lakonan Iran selama ini yang disebut sebagai singa Islam. Hampir berlakulah hadis Nabi s.a.w yang menyatakan dajjal akan muncul di khurasan (Iran) dan kemunculannya adalah dalam keadaan yang disukai ramai. Seperti Iran,yang di awal kemunculan selepas revolusi Syria adalah negara yang kita anggap sangat baik Islamnya. Presidennya Mahmoud Ahmadinejad diwar-warkan sebagai seorang yang zuhud dan singa Islam kerana keberaniannya menentang Israel. Tetapi jika difikirkan mengapa dia seberani itu?dan mengapa sampai sekarang Israel dan sekutunya tidak menyerang Iran seperti Iraq diserang. Jawapannya muncul sedikit demi sedikit ketika revolusi Syria berlaku.

3 sekutu tentera syaitan (hizbullat)

Pembunuhan dua pemimpin Sunni Saddam Husein dan Muammar Ghadafi juga mula dirasai. Kita tak pernah terfikir mengapa Amerika dan sekutunya begitu ingin menghapuskan mereka.Meraka dua pemimpin yang banyak mengkritik Amerika dan tidak pernah sesekali melakukan kerjasama dengan negara yang dilaknat itu.

Kita perlu membuka mata, peperangan ini adalah antara tentera Allah melawan tentera syaitan.

Pada permulaan revolusi tidak semua rakyat Syria turun menyokong tetapi dengan syahidnya ramai pejuang Islam kini keseluruhan rakyat Syria bersatu di bawah satu tujuan "Rakyat mahu presiden dihukum".


P/S : Mari menderma beramai-ramai



short movie- Funny hamster

Sometimes to release some stress,watching a cartoon like this will be great. About a hamster and its hard work to trick a lorry with full of food..but finally..haha. Lets watch it.


I'm  loveeeeee it.

Short movie- Slimtime (waktu untuk kurus)

Betul la,cinta itu tidak mengenal paras rupa..hukhuk. Simbolik daripada short movie ni, even lepas suami dia tengok isteri dia maintain macam tu, dia still sayang.


Tapikan stil terfikir, adekah yang disedut dan keluar dari penyedut itu orang lain. Jadi bini watak utama ni tak bertukar sebab husband dia ada kat situ,kalau tukar orang takut husband dia boleh cam..hehe. Suka kartun ni, boleh enjoy tengok.

Sunday, May 26, 2013

Budak perempuan comot dan rumah besar tepi tasik part 2

"Khairi dah pindah "

Budak comot hanya memandang sepi muka Hafizah budak paling kiut kat sekolah .Walaupun dia tahu kata-kata itu bukan dituju untuknya. Budak comot termenung melihat reaksi Hafizah dari jauh yang sibuk bercerita tentang jamuan perpisahan di rumah khairi.

Hari itu..
Budak comot berjalan sepi pulang ke rumah..
Dari jauh dilihatnya rumah anak D.O kosong..
Sekosong hati budak comot mengharungi redup petang yang kian senja..

..............................................................................................................................

Wednesday, April 3, 2013

Priceless - Takuya Kimura

waah..dah macam Istanbul Aku Datang lak tajuk ni...

Baru pindah keluar dari bilik yang sangat sempit dan crowded itu. Nak start new life dengan sesuka hati tanpa ada gangguan. First, I nak beli tv. Letak dalam bilik, senang nak tengok buletin utama tv3 yang suke menipu itu. Memang bilik idaman semua orang ada tv sebijik di dalamnya. Tak yah berebut channel dengan yang lain.

Second..langsir dengan cadar mesti ikut tema..hehe.

Nak pastikan apartment baru I ni se 'class' hotel 3 bintang. Kenapa bukan 5 bintang??sori..tak mampu. Tinggi sangat costnya.

Konsep hidup dalam satu bilik bersama-sama ni sebenarnya mudah. Semua kena saling memahami. Kalau tak sekepala pun takpe. Tapi at least hormat roommate lain. Jangan dok karok sorang2 pkol 2-3 pagi padehal roomate sebelah tengah nak tido. Tapi itulah, manusia memang camtu. Ade yang gile. Sekurang-kurangnya harap simpan gila tu untuk sorang diri. Jangan tunjuk kat orang lain please.

Jadi setelah hampir 4 bulan bertahan, I ambik keputusan kalau tak nak jadi gila, tinggalkan orang yang gila itu secepat yang mungkin. Senang.

Baru habis marathon tengok drama Priceless. Lakonan Takuya Kimura.

Kindaichi merempat tidur dekat padang lepas kena buang kerja

Share satu bilik.yang paling tua pernah jadi ketua jabatan, yang tengah accountant dan kindaichi jurujual.

Makanan percuma untuk orang miskin.


Tentang Kindaichi (takuya kimura) yang merempat selepas dibuang kerja. Rumah pulak meletup kena sabotaj. Sampailah dia terjumpa dua orang budak kecik yang tunjuk dia cara nak hidup dan cari duit kalau dah jadi miskin.

Sangat banyak value cite ni. Yang gambar kat tengah tu tempat tinggal kindaichi. Sewa dengan harga sangat murah 500 yen (kalau malaysia kira2 RM 15). Masa mula2 dia datang, dia tinggal sorang je. Tapi lama2 dua orang kawannya yang kena buang keje ..datang situ jugak. Terpaksa berhimpit satu bilik. Bermula disitu diorang berusaha untuk hidup dengan jual hot dog, lepas tu jual termos.

Dan yang hebatnya tentang mana2 drama japan ni, bukan hasil usaha tapi cara bagaimana diorang berusaha tu yang penting. Sangat touching.

Point yang I sangat dapat kat sini, keindahan ukhwah. Disebabkan tak nak ukhwah itu rosak, maka I keluarkan diri dari bilik yang crowded itu. Sangat clear..nak hidup bersama-sama. Kita memerlukan starting point yang sama. Susah sama2. Baru terasa indahnya ukhwah dengan orang yang asing pada mulanya tu.





lovey dovey