Wednesday, January 16, 2013

Budak perempuan comot dan rumah besar tepi tasik

Budak tu anak D.O baru kat pekan kroh ni. Rambut dia mak oii, smart. Selalu rapi diletak brylcream banyak2. Nak banding waktu tu, memang style terkini sangat, sebijik cam superman versi Dean Cain dan Therry Hatcher, ade jambul pulak kat depan. Ok terlebih mukadimah pasal rambut dia je sampai satu perenggan.
Dean Cain, superman 1993

Budak comot..antara budak paling selekeh dalam kelas budak pandai tu. Anak orang susah,baju sekolah sepasang pakai sampai hujung tahun. Iron baju, kompem dia tak faham kenapa perlu iron baju. Pakai tudung getah warna putih, and seriusly memang takde attraction. Pegi sekolah jalan kaki, ayah tak boleh hantar ke sekolah sebab berkerja.

Suasana pekan Kroh, sangat klasik. Banyak pokok besar yang ada bunga warna kuning di tepi2 jalan. Bila musim pokok tu berbunga Pekan Kroh sebijik cam korea waktu autumn. Boleh feeling autumn in my heart.Pekan kecil,kalau nak ke mana2 boleh jalan kaki atau naik basikal. Bangunan kedai lama2 masih banyak.Ada kedai buku, kedai runcit cina, Kedai Arumugam yang suka pasang lagu nostalgic kuat2,ada kedai Pak Ta yang jual laksa semata-mata dan yang paling penting kedai ais kacang poonaiyah superb.


Rumah anak D.O tu sangat besar, dimata budak comot yang tinggal di rumah yang ramai adik beradik. Rumahnya tepi tasik, dan tepi tasik ada perpustakaan. Rumah zaman kolonial british. Kadang-kadang bila nak pergi ke perpustakaan, budak comot selalu nampak anak D.O bermain di laman rumahnya. Budak comot dengan basikal chopper second handnya cuma boleh tengok dari jauh.


Waktu tu budak comot dengan anak D.O baru darjah tiga. Kelas yang sama,kelas paling pandai di sekolah tu. Kadang-kadang anak D.O tak perasan budak comot curi-curi pandang bila anak D.O tengok tempat lain. Anak D.O tak sombong orangnya, walaupun kebanyakan budak dalam kelas tu yang dipenuhi dengan anak cikgu-cikgi berlagak nak mampus.

Satu hari masa kelas pendidikan seni, anak D.O lalu belakang budak comot yang tengah melukis. Tiba-tiba anak D.O cakap "cantiknya lukisan", budak comot yang tak pernah menyangka akan dipuji buat pertama kali oleh anak D.O ternganga sambil pandang anak D.O.


Waktu rehat suatu hari, anak D.O join budak comot dengan budak2 lain main lompat getah 'zero point'. Masa anak D.O dan budak comot punya giliran pegang getah, tiba2 anak D.O terlepas getah yang diregangkan and sadisnya terlastiklah ke muka budak comot itu. Budak comot tanpa ambil masa untuk berfikir secara relevan terus nangis,sampailah masuk kelas semula. Dalam kelas, anak D.O yang rasa sangat bersalah itu cuma tengok je budak comot menangis. Tiba-tiba budak comot yang bengang itu menjelirkan lidah ke arah anak D.O. berkat jelir lidah itu la, budak comot mendoakan supaya dia takkan terserempak dengan anak D.O sampai bila2 lagi.

Budak comot pergi sekolah jalan kaki, dia suka jalan kaki sebab waktu itu lah budak comot selalu berfikir dan berangan. Dunia budak comot sangat indah dalam imaginasinya sebelum sampai ke sekolah.

Rumah budak comot tak jauh dengan rumah anak D.O. Selalunya ke sekolah akan ikut jalan yang sama. Cuma yang membezakan, anak D.O akan sentiasa di dalam mercedes dan drivernya manakala budak comot hanya mampu melihat dari jauh kereta anak D.O berlalu pergi.

Kadang-kadang budak comot rasa malu kalau-kalau anak D.O ternampak dia yang berjalan kaki. Budak comot malu disebabkan dia bukan orang kaya. Ada masa, budak comot akan ikut jalan lama yang lebih jauh, supaya tak terserempak dengan anak D.O.

Hari tu budak comot terjumpa jam tangan yang dah tak berfungsi. Budak comot pakai jam itu ke sekolah untuk tunjukkan anak D.O dia juga setaraf dengan anak D.O. Tapi bila kawan-kawan tanya waktu, budak comot diam, buat2 tak dengar.

Hari itu juga, doa budak comot termakbul. Anak D.O tak datang sekolah.
Budak comot tengok meja anak D.O hari2..
Rindu nak tengok jambul superman anak D.O lagi..
Lepas seminggu budak comot dengar.."khairi dah pindah"

To be continue.. ^_^

Tuesday, January 15, 2013

Budak sekolah versi copy and paste

Bila terbitnya isu Listen!Listen!Listen!
Ramai mula prihatin pada Ms Bawani,tapi ramai masih tak sedar institusi kita sangat fail dalam melahirkan manusia berpelajaran yang hebat dan tahu apa yang mereka mahukan.

Kita flashback zaman sekolah..
Bila cikgu tanya murid "ada apa2 yang tak faham boleh tanya sekarang"
" Faham" jawab murid-murid dengan lajunya.

Di belakang cikgu " Cikgu Aya tak best, ajar tak faham,laju"

Nampak situasinya di sini. Pelajar kita sekarang amat takut untuk menyuarakan pendapat mereka.Takut tersalah cakap, takut di cop sebagai poyo dan yang lebih tepat tak tahu nak bertanya apa sebab tidak faham. Jadi di sinilah munculnya generasi copy and paste. Apa yang guru bagi itu la yang mereka pastekan di dalam buku latihan. Usaha untuk mencari jawapan sendiri dengan kemajuan internet??lebih baik berfacebook fikir mereka.

My Way- ukhwah yang terbina melalui peperangan


Untuk kali yang ke berapa tonton filem ni. Sangat unik.
Cerita zaman perang dunia kedua yang nampak sangat real, dan yang hebatnya filem2 asia berbanding filem barat, dalam kesusahan zaman perang itu masih terselit sifat kemanusiaan antara watak-watak utama.

Kekuatan filem ini bukan hanya terletak pada babak-babak perang yang kejam dan menjadi, tapi macam mana dua watak utama yang asalnya musuh dari kecil, berakhir dengan persahabatan yang sangat indah ukhwahnya. sehingga tahap bila watak Kim Jun Shik mati sahabatnya Tatsuo membawa namanya dan meneruskan kehidupan dengan menunaikan impiannya untuk menjadi marathoner yang berjaya.

Yang lagi best, tak perlu ada adegan percintaan dalam filem ni, tapi still dapat rasa kasih sayang antara dua insan melalui persahabatan. Ada satu adegan bila Tatsuo terjumpa balik Jun Shik yang terpisah. Waktu tu nak sangat tengok diorang berpelukan gembira. Tapi kerana watak kedua-duanya adalah terlebih kelelakian. maka diorang cuma tengok wajah masing2 dengan ekspresi yang bercampur happy+terharu+mungkin sedih.

Mesej yang didapati dari filem ni sangat unik

1. Perasaan itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang keterlaluan, benci keterlaluan atau tidak ambil peduli pada seseorang. Kadang2 kita tak perasan, kita bencikan seseorang itu kerana kita tak mampu miliki apa yang dia ada. Jadi kita memilih untuk membenci, tapi disebalik perasaan benci itu terselit perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap hidup orang itu. Dalam filem ni. Tatsuo terlampau membenci Jun Shik selepas datuknya mati di bom. Tapi bila dia susah bersama Jun Shik meredah gunung bersalji untuk menyelamatkan diri, baru dia sedar sekian lama dia rindukan Jun Shik sebagai seseorang yang pernah berkawan dengannya waktu kecil.

2. Filem ni dah terang-terang tunjukkan bagaimana pihak atasan menggunakan orang bawahan bagi memenuhi agenda mereka. Sampaikan mereka menganggap pantang berundur dari medan perang.Bila fikir rasa kesian pada tentera bukan Islam waktu kini yang terpaksa berperang tanpa tau kenapa mereka perlu berperang. Mungkin ini sebabnya ramai tentera Israel membunuh diri,kerana tiada tujuan hidup dan hidup selalu dihimpit rasa bersalah bila membunuh wanita dan kanak-kanak.

3. Point paling clear, sahabat yang selalu bersuka bersama kita tak semestinya akan kekal baik bersama kita melainkan telah teruji mereka bersama ketika susah. Jadi kepada orang pompuan terutamanya yang suka idup berpuak2,bergeng2..seganlah dengan diri anda jika suatu hari geng anda hilang dan orang yang anda pernah mengumpat dulu yang hidup bersama anda sekarang.

4. Yang terakhir.. Joe Odagiri sangat awesome and hensem.k bai .

Jom layan sountrack my way


Monday, January 14, 2013

Free GAZA..selebriti2 yang prihatin

1. Mr Faizal Tahir - lelong trofi kemenangannya untuk didermakan kepada rakyat Palestin. Dan for sure trofi2 yang dimenangi Faizal ni bukan disebabkan beliau beli paper berlori-lori untuk undi diri sendiri tetapi kerana geniusnya beliau dalam bidangnya. Artis2 educated camni yang patut direspek.

FT kate "piala dan trofi kemenangan ni takde gunanya bila dah mati "

2. Mr Christiano Ronaldo - menjual kasut emasnya
Manusia yang pernah susah yang akan lebih memahami kesusahan orang lain, dan CR7 juga cemerlang dalam bidangnya. Hala Madrid~~

Yeah CR7 ku.. jom doa ramai2 moga Allah bukakan pintu hidayah padanya.


3. budak kecik (ni kire selebriti gak la)
Dah la cute, berani pulak tu. Adik, akak doakan kau tidak terjebak dan dijauhkan dari program2 sengal macam idola kecil dan superstar itu. Moga imanmu dipelihara hingga dewasa.


Kita yang bukan selebriti, yang dah cukup tua untuk faham, yang sekadar ade trofi menang sukaneka peringkat tadika, yang kasut pun tak laku kalau lelong nak tunjukkan sokongan pun susah. Satu jalan mudah, boikot MCD dengan STARBUCK, senang, tak payah pegi dan tak mati pun. Sedih bila kempen boikot dilancarkan orang Melayu Islam ni yang konon sensitif dengan nasib bangsa buat selamba dek je pegi jugak ke MCD tu.
Maunya tak bangga jadi bangsa Melayu


Persoalannya berdosakah pergi MCD? setakat ni ulamak muda tak keluarkan fatwa haram lagi, seperti mana diorang tak keluarkan lagi fatwa haram untuk selebriti2 berpakaian macam tak cukup kain.

Ramai pula yang bantah, kalau MCD israel punya, habis FB pun israel punya juga,kenapa tak boikot FB sekali. Penat gak dengar soalan camni, padahal terang2 dah heboh MCD dan STARBUCK sendiri mengaku support israel terang-terangan. Pemilik FB encik Mark Zuckerberg tu tak pernah pulak gatal2 mulut bagitau dunia separuh keuntungan FB akan diserahkan kepada Israel, tapi MCD dan STARBUCK memang dah clear declare begitu seperti di bawah.




Isu yang lagi femes, kalau boikot MCD macam mana dengan nasib pekerja MCD yang majoritinya Melayu itu. Jawapannya memang tak payah fikir, macamlah nak keje MCD tu perlu degree bagai, cari je keje lain yang berlambak lagi. Susah2 keje maidin je, waktu solat terjaga, pakaian lebih menutup aurat, and ramai bangla hensem2(hehe). Pintu rezeki tu luas, banyak lagi kerja yang tak memenatkan dan gaji yang lebih setimpal dari segi dunia dan akhirat.

Rakan sekerja mcm shah rukh khan + background music lagu hindustan , itu  la kelebihannya kerja di Mydin..
happening =)

Kadang2 jadi la prihatin..
Dulu2 mak selalu bercerita tentang bosnia herzegovina sebelum zaman perangnya..
Negara kaya yang selalu membazir makanan, yang sentiasa bersenang2..
Nak tunggu Allah tarik nikmat kita seperti mereka..
Mereka saudara seagama kita di palestin memerlukan kita..
Kalau kita yang satu Nabi tidak prihatin, habis siapa lagi yang kita nak harapkan..
Ya Allah selamatkan ibuku,ayahku, abangku,kakakku dan adik2ku di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan.. dan diseluruh dunia. Moga suatu hari kami akan berhimpun dengan kekuatan di bawah lindungan dan kasih sayangmu.




Saturday, January 12, 2013

Adam dan Hawa syurga atau dunia??

Kosong..kosong..
kalau hati ini pandai menyanyikan lagu najwa latif..
Bila nak isikan hati yang kosong ini?
kenapa perlu lemaskan dengan hiburan yang kosong..kosong ini..

sudah2 la k-pop ini..
tak faham pun liriknya apa..
yang ada sarang he..sarang he..
kosong sangat..

cukup2 lah..lagu melayu jiwang ini..
tak habis2 dengan cintakan manusia..
bila masanya nak cintakan pencipta..

tak penat lagikah ketawa dan ketawa..
lawak tak seberapa..lucah..
persendakan agama..
dan kosong lagi,.

drama tak habis2 drama..
adaptasi novel pula..
adam dan hawa??
kisah nabi adam dari syurga lebih indah rasanya,.

belum masuk kisah rempit2..gengster2 pula..
kisah kosong tanpa jiwa..

bila masa nak membaca Al-qurannya..
nak mengafalnya jauh skali..
memahaminya..

usia belum tentu muda..
esok belum tentu ada..
nak pilih adam dan hawa di syurga..
atau versi dunianya??

sungguh..kita suka buang masa..




lovey dovey