Bila terbitnya isu Listen!Listen!Listen!
Ramai mula prihatin pada Ms Bawani,tapi ramai masih tak sedar institusi kita sangat fail dalam melahirkan manusia berpelajaran yang hebat dan tahu apa yang mereka mahukan.
Kita flashback zaman sekolah..
Bila cikgu tanya murid "ada apa2 yang tak faham boleh tanya sekarang"
" Faham" jawab murid-murid dengan lajunya.
Di belakang cikgu " Cikgu Aya tak best, ajar tak faham,laju"
Nampak situasinya di sini. Pelajar kita sekarang amat takut untuk menyuarakan pendapat mereka.Takut tersalah cakap, takut di cop sebagai poyo dan yang lebih tepat tak tahu nak bertanya apa sebab tidak faham. Jadi di sinilah munculnya generasi copy and paste. Apa yang guru bagi itu la yang mereka pastekan di dalam buku latihan. Usaha untuk mencari jawapan sendiri dengan kemajuan internet??lebih baik berfacebook fikir mereka.
Tuesday, January 15, 2013
My Way- ukhwah yang terbina melalui peperangan
Untuk kali yang ke berapa tonton filem ni. Sangat unik.
Cerita zaman perang dunia kedua yang nampak sangat real, dan yang hebatnya filem2 asia berbanding filem barat, dalam kesusahan zaman perang itu masih terselit sifat kemanusiaan antara watak-watak utama.
Kekuatan filem ini bukan hanya terletak pada babak-babak perang yang kejam dan menjadi, tapi macam mana dua watak utama yang asalnya musuh dari kecil, berakhir dengan persahabatan yang sangat indah ukhwahnya. sehingga tahap bila watak Kim Jun Shik mati sahabatnya Tatsuo membawa namanya dan meneruskan kehidupan dengan menunaikan impiannya untuk menjadi marathoner yang berjaya.
Yang lagi best, tak perlu ada adegan percintaan dalam filem ni, tapi still dapat rasa kasih sayang antara dua insan melalui persahabatan. Ada satu adegan bila Tatsuo terjumpa balik Jun Shik yang terpisah. Waktu tu nak sangat tengok diorang berpelukan gembira. Tapi kerana watak kedua-duanya adalah terlebih kelelakian. maka diorang cuma tengok wajah masing2 dengan ekspresi yang bercampur happy+terharu+mungkin sedih.
Mesej yang didapati dari filem ni sangat unik
1. Perasaan itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang keterlaluan, benci keterlaluan atau tidak ambil peduli pada seseorang. Kadang2 kita tak perasan, kita bencikan seseorang itu kerana kita tak mampu miliki apa yang dia ada. Jadi kita memilih untuk membenci, tapi disebalik perasaan benci itu terselit perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap hidup orang itu. Dalam filem ni. Tatsuo terlampau membenci Jun Shik selepas datuknya mati di bom. Tapi bila dia susah bersama Jun Shik meredah gunung bersalji untuk menyelamatkan diri, baru dia sedar sekian lama dia rindukan Jun Shik sebagai seseorang yang pernah berkawan dengannya waktu kecil.
2. Filem ni dah terang-terang tunjukkan bagaimana pihak atasan menggunakan orang bawahan bagi memenuhi agenda mereka. Sampaikan mereka menganggap pantang berundur dari medan perang.Bila fikir rasa kesian pada tentera bukan Islam waktu kini yang terpaksa berperang tanpa tau kenapa mereka perlu berperang. Mungkin ini sebabnya ramai tentera Israel membunuh diri,kerana tiada tujuan hidup dan hidup selalu dihimpit rasa bersalah bila membunuh wanita dan kanak-kanak.
3. Point paling clear, sahabat yang selalu bersuka bersama kita tak semestinya akan kekal baik bersama kita melainkan telah teruji mereka bersama ketika susah. Jadi kepada orang pompuan terutamanya yang suka idup berpuak2,bergeng2..seganlah dengan diri anda jika suatu hari geng anda hilang dan orang yang anda pernah mengumpat dulu yang hidup bersama anda sekarang.
4. Yang terakhir.. Joe Odagiri sangat awesome and hensem.k bai .
Jom layan sountrack my way
Monday, January 14, 2013
Free GAZA..selebriti2 yang prihatin
1. Mr Faizal Tahir - lelong trofi kemenangannya untuk didermakan kepada rakyat Palestin. Dan for sure trofi2 yang dimenangi Faizal ni bukan disebabkan beliau beli paper berlori-lori untuk undi diri sendiri tetapi kerana geniusnya beliau dalam bidangnya. Artis2 educated camni yang patut direspek.
![]() |
| FT kate "piala dan trofi kemenangan ni takde gunanya bila dah mati " |
2. Mr Christiano Ronaldo - menjual kasut emasnya
Manusia yang pernah susah yang akan lebih memahami kesusahan orang lain, dan CR7 juga cemerlang dalam bidangnya. Hala Madrid~~
![]() |
![]() |
| Yeah CR7 ku.. jom doa ramai2 moga Allah bukakan pintu hidayah padanya. |
![]() |
| Dah la cute, berani pulak tu. Adik, akak doakan kau tidak terjebak dan dijauhkan dari program2 sengal macam idola kecil dan superstar itu. Moga imanmu dipelihara hingga dewasa. |
Kita yang bukan selebriti, yang dah cukup tua untuk faham, yang sekadar ade trofi menang sukaneka peringkat tadika, yang kasut pun tak laku kalau lelong nak tunjukkan sokongan pun susah. Satu jalan mudah, boikot MCD dengan STARBUCK, senang, tak payah pegi dan tak mati pun. Sedih bila kempen boikot dilancarkan orang Melayu Islam ni yang konon sensitif dengan nasib bangsa buat selamba dek je pegi jugak ke MCD tu.
![]() |
| Maunya tak bangga jadi bangsa Melayu |
Persoalannya berdosakah pergi MCD? setakat ni ulamak muda tak keluarkan fatwa haram lagi, seperti mana diorang tak keluarkan lagi fatwa haram untuk selebriti2 berpakaian macam tak cukup kain.
Ramai pula yang bantah, kalau MCD israel punya, habis FB pun israel punya juga,kenapa tak boikot FB sekali. Penat gak dengar soalan camni, padahal terang2 dah heboh MCD dan STARBUCK sendiri mengaku support israel terang-terangan. Pemilik FB encik Mark Zuckerberg tu tak pernah pulak gatal2 mulut bagitau dunia separuh keuntungan FB akan diserahkan kepada Israel, tapi MCD dan STARBUCK memang dah clear declare begitu seperti di bawah.
| Rakan sekerja mcm shah rukh khan + background music lagu hindustan , itu la kelebihannya kerja di Mydin.. happening =) |
Dulu2 mak selalu bercerita tentang bosnia herzegovina sebelum zaman perangnya..
Negara kaya yang selalu membazir makanan, yang sentiasa bersenang2..
Nak tunggu Allah tarik nikmat kita seperti mereka..
Mereka saudara seagama kita di palestin memerlukan kita..
Kalau kita yang satu Nabi tidak prihatin, habis siapa lagi yang kita nak harapkan..
Ya Allah selamatkan ibuku,ayahku, abangku,kakakku dan adik2ku di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan.. dan diseluruh dunia. Moga suatu hari kami akan berhimpun dengan kekuatan di bawah lindungan dan kasih sayangmu.
Saturday, January 12, 2013
Adam dan Hawa syurga atau dunia??
Kosong..kosong..
kalau hati ini pandai menyanyikan lagu najwa latif..
Bila nak isikan hati yang kosong ini?
kenapa perlu lemaskan dengan hiburan yang kosong..kosong ini..
sudah2 la k-pop ini..
tak faham pun liriknya apa..
yang ada sarang he..sarang he..
kosong sangat..
cukup2 lah..lagu melayu jiwang ini..
tak habis2 dengan cintakan manusia..
bila masanya nak cintakan pencipta..
tak penat lagikah ketawa dan ketawa..
lawak tak seberapa..lucah..
persendakan agama..
dan kosong lagi,.
drama tak habis2 drama..
adaptasi novel pula..
adam dan hawa??
kisah nabi adam dari syurga lebih indah rasanya,.
belum masuk kisah rempit2..gengster2 pula..
kisah kosong tanpa jiwa..
bila masa nak membaca Al-qurannya..
nak mengafalnya jauh skali..
memahaminya..
usia belum tentu muda..
esok belum tentu ada..
nak pilih adam dan hawa di syurga..
atau versi dunianya??
sungguh..kita suka buang masa..
kalau hati ini pandai menyanyikan lagu najwa latif..
Bila nak isikan hati yang kosong ini?
kenapa perlu lemaskan dengan hiburan yang kosong..kosong ini..
sudah2 la k-pop ini..
tak faham pun liriknya apa..
yang ada sarang he..sarang he..
kosong sangat..
cukup2 lah..lagu melayu jiwang ini..
tak habis2 dengan cintakan manusia..
bila masanya nak cintakan pencipta..
tak penat lagikah ketawa dan ketawa..
lawak tak seberapa..lucah..
persendakan agama..
dan kosong lagi,.
drama tak habis2 drama..
adaptasi novel pula..
adam dan hawa??
kisah nabi adam dari syurga lebih indah rasanya,.
belum masuk kisah rempit2..gengster2 pula..
kisah kosong tanpa jiwa..
bila masa nak membaca Al-qurannya..
nak mengafalnya jauh skali..
memahaminya..
usia belum tentu muda..
esok belum tentu ada..
nak pilih adam dan hawa di syurga..
atau versi dunianya??
sungguh..kita suka buang masa..
Friday, January 11, 2013
Soulmate
Teman buat lawak bodo same2..
Pastu gelak same2..
kalo orang lain dengar lawak kami akan rase kami mengong..
tak kisah kalo nampak manusia tersiksa..
tapi pantang kalo nampak kucing merana..
saya tukang kutuk dia bila dia nyanyi tak sedap..
tapi dia tetap tegar nyanyi..
dia tukang kutuk saya bila nampak berat badan dah naik..
saya tetap tegar tambhkn berat badan(ok yang ni tipu)..
kami akan tunjukkan kepakaran masing..
tunjuk terer buat soalan math..
sape btol dia boleh banggakn diri dengan memuji diri sendiri kehkeh
bila dia buat salah..
saya akan hantar mesej..dia manusia plg xguna..
tapi bila mlm dia call...sy kata dia manusia xguna yg sy plg syg..
bila sy buat salah dia buat muka merajuk..
saya kata pegi gantung diri kat pokok tauge..
dia kata.. hahaha
saya paling lemah depan dia..
xkisah nangis depan dia..
dia selalu kelihatan lemah depan saya..
tambah2 bila dia dimalukan depan saya..
tapi saya tau..dia sangat kuat..
macam genji..kata dia..
saya sayangkan dia kerana Allah..
semoga ukhwah ini terjaga kerana Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)








