Friday, January 11, 2013

Soulmate


Dah 5 tahun rupenya kenal my soulmate.
Teman buat lawak bodo same2..
Pastu gelak same2..
kalo orang lain dengar lawak kami akan rase kami mengong..
tak kisah kalo nampak manusia tersiksa..
tapi pantang kalo nampak kucing merana..
saya tukang kutuk dia bila dia nyanyi tak sedap..
tapi dia tetap tegar nyanyi..
dia tukang kutuk saya bila nampak berat badan dah naik..
saya tetap tegar tambhkn berat badan(ok yang ni tipu)..
kami akan tunjukkan kepakaran masing..
tunjuk terer buat soalan math..
sape btol dia boleh banggakn diri dengan memuji diri sendiri kehkeh
bila dia buat salah..
saya akan hantar mesej..dia manusia plg xguna..
tapi bila mlm dia call...sy kata dia manusia xguna yg sy plg syg..
bila sy buat salah dia buat muka merajuk..
saya kata pegi gantung diri kat pokok tauge..
dia kata.. hahaha
saya paling lemah depan dia..
xkisah nangis depan dia..
dia selalu kelihatan lemah depan saya..
tambah2 bila dia dimalukan depan saya..
tapi saya tau..dia sangat kuat..
macam genji..kata dia..

saya sayangkan dia kerana Allah..
semoga ukhwah ini terjaga kerana Allah..

Wednesday, January 9, 2013

Mengalah


Pernah terjadi dalam hidup marah pada orang tu,last2 esok pagi jumpa dia siap tolong belikan kuih and then makan sama2. Hah sungguh senang perasaan perempuan ini.

Memandangkan orang selalu cakap, beralah tak semestinya kalah jadi saya orang yang sentiasa akan tersengih dulu pada orang yang buatkan saya marah kekeke. Selepas itu saya melihat semuanya indah belaka, benci dan marah sebelum tu macam terdelete dan log in kembali pada orang itu.

Hakikat marah manusia banyak, dan saya melihat marah orang sekeliling pada saya juga adalah marah buat tersayang. Marah yang kadang2 tak perlu kemaafan, takut jadi segan. Selalu settle bila salah sorang bercakap semula.

Dengan adik beradik contohnya. Mula2 gaduh berebut channel tv kemudian kita buat muka bengang. Pastu merajuk. Lepas tu malam boleh tengok tv sama2 channel yang tadi tak setuju tapi tiba2 boleh layan.

Mesti pernah rasa kan, mak kita marahkan kita sebab main hujan. Balik2 kena rotan. Lepas dah siap mandi dan nangis sambil2 membebel lagi mak itu jugaklah yang sikat dan ikat rambut kita dan paksa suruh makan..the most sweet thing happen..love u mak.

Yang kelirunya dengan mak2 sekarang, takut benar nak marah anak, takut anak merajuk. Akhirnya anak tu transform jadi spoiled brat, budak paling poyo di akhir zaman. Kalau cikgu mula nak merotan siap datang back up dengan ayat, I pun tak pernah rotan anak I macam tu, shame on you keluarkan ayat macam tu.

So marah dan beralah tu perlu kadang-kadang, untuk yang tersayang. Ini tak, dengan boyfriend bukan main marah, bila dia pujuk terus cair dengan ayat baby jangan buat lagi tau. Tapi cuba kalau mak dengan ayah marah tarik muka, nak lari dari rumah, mak pujuk pun tak nak, gile poyo!!.

Jadi adik2..yang tersayang bukan boyfriend yang kompem haram itu, tapi family kita yang kita dok hadap selama berbelas tahun hidup itu.


Tuesday, January 8, 2013

Watak ahjumma vs Watak heroin kedua

Isunya di sini, tadi dapatlah satu mesej dari seseorang yang saya agak admired la jugakkan. Jadi bila dah camtu,terselit perasaan hepi dan bunga-bunga cintanya. Pastu apa lagi, balas membalas mesej tetapi tiba-tiba....

Tiba-tiba dia hantar mesej 'saya rindukan aqilah'.. saya pun camni -----_----- ,dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Aqilah tu bukan saya orangnya..dia kawan baik saya. Jadi di sini saya mula faham secara slow motion, saya adalah watak heroin yang kedua yang kalau dalam drama korea tu kompem sangat cantik tapi jahat (ok yang cantik mungkin bukan saya).
Mungkin saya adalah Song Ji hyo dalam Princess Goong hehe

Mungkin saya kena bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya tetap heroin walaupun no.2.. tapi hello, ni dunia realiti, rasa lebih bersyukur kalau saya adalah watak ahjumma yang ade suami walau tak hensem drpd heroin kedua yang terkejar hero yang dah sure poyo sebab tak nakkan kita.


Jadi apa yang saya buat, saya balas mesej dengan gaya sangat cool padahal bengang "haha..kalau rindu carilah dia", terasa macam sangat mulia diri ini. Lepas tu mamat tu tak balas pulak. Nampak sangat motip sebenar aktiviti bermesej itu tadi.

Hakikatnya saya manusia yang takkan berjuang demi cinta dan takkan rasa rugi kalau tak memiliki cinta itu. Buat apa nak kejar sesuatu yang memang bukan milik kita dan kalau dapat pun, belum tentu rasa happy. Jadi kerana itulah saya nak hidup macam watak ahjumma, memiliki suami yang biasa2(yang tak payah direbutkan) and live happily ever after walaupun suami muke tak sekacak won bin mungkin tahap kang gary je.


Ini Won Bin


dan ini Kang Gary atau Neighbouring Ahjushi

Lagi satu la kan, kepada manusia2 yang konon hot,kacak, lawa jelita kalau rasa rindu seseorang tolong cakap kat orang tu sendiri boleh tak..tak payah nak bagitau orang yang takde kaitan,tambah2 orang yang pernah sukakan kamu. Di situ kamu telah membuatkan dia rasa seperti nak campak henpon miliknya ke dalam loji kumbahan, supaya mesej kamu reput dimakan bakteria.(delete je la hahaha)


Monday, January 7, 2013

Mat Luhtfi

Diakui diriku sangat senang bangat dan menyukai budak kedah mata sepet yang orang kat cam eunhyeuk ini. Mesej dalam videonya sempoi,mudah difahami dan jimat bajet(memandangkan dia sorang je pegang sampai empat watak).
sebelah kiri mat luthfi n sebelah kanan Eunhyeuk..mungkinkah???he~~


First video yang saya layan waktu dia wish happy mothers day pada mak dia,sambil2 nak buat cekodok. 

Yang kedua video bertajuk the ugly aki. Saya ulang tengok banyak kali gelak pun banyak kali. Pasal kucing je pun,tapi mat luthfi pandai ejas kucing dia supaya menjadi setaraf pelakon klas A hollywood.




Video ketiga tentang jiran baru, kisah di mana bapak akmal leteaq kat dia sebab berkawan dengan anak jiran yangxbrape elok,dah la menurut bapanya akmal adalah tokoh nilam di sekolah.




Yang keempat video om nom nom nom, bila Mat Luthfi menekankan pentingnya menerima seseorang seadanya,x factor dln video ini ialah nasi lemak yabg dimasak oleh kawannya itu,gile terliur.




Last skali bile Math Luthfi membebel pasal drama2 melayu ni,muke pose2 farid kamil yang bagi sy sumber lawak waktu tension,maksud sy muke farid kamil dlm keadaan bukan jiwang.

Mat Luthfi membanggakan Malaysia, Mat Luthfi Lebih hensem dari Eunhyeuk, Lakonan Mat Luthfi lebih hebat dari Farid Kamil, Mat luthfi suka makan megi. Nak tengok koleksi video Mat Luthfi boleh klik kat channelnya matluthfi90 di youtube.

p/s: Eunhyeuk= ikan bilis
      Mat Luhfi = Eunhyeuk
      Jadi Mat Luthfi = DON'T SAY THAT.




Hidupku yang hippie sometime happy should be more time

Dua tiga hari ni sangat2 des-pe-ra-tio and dont-want-to-smile state. Sehinggalah semalam Aizat muncul dengan misainya yang macho hati sedikit berbunga dengan aura pink. Tapi kejap je pun..

Mencari-cari apa yang kurang rupa-rupanya hari period dah dekat, jadi aura merah sentiasa muncul and that its is, xhabih2 nak touching.

Yang kesiannya untuk orang pompuan ni benda ni la yang disebut premenstrual sindrom atau singkatan PMS. Nasib baik la kelebihan perempuan dalam Islam ni ni cukup banyak dan setara dengan kaum Adam,kalau tak dengan wujudnya PMS ni saje idop boleh menderita huhuhu.

ok yang tak tau pasal  PMS ni, gejala dua tiga hari sebelum orang perempuan datang period. Terjadi dalam lingkungan umur 20-40. Antara simptom2nya..

1) Mood memang tak baik,waktu ni selalu jadi teramat sensitif, orang buat apa2 sikit 
    nak touching,nak marah tapi tak tau kenapa terasa begitu.
2) Encik jerawat mula tumbuh kat muka 
3) Ada yang dah siap-siap senggugut.
4) Senang kembung perut
5) Sakit kepala, migrain

Ingat senang nak handle benda ni,emosi yang paling kritikal memang sesuatu yang paling menyakitkan. Kadang-kadang tak sedar menyusahkan orang sekeliling,termarah atau termerajuk dan endingnya menyusahkan diri sendri. Kebiasaannya time ni saya akan jadi manusia hippie aka orang nomad.

Sebab ape hippie,mula merayap mencari nilai kehidupan yang sebenar yang selalunya akan berakhir di shopping mall dan sebab apa nomad?? selalu tidur merata,kejap umah kawan ni kawan tu,rumah sendiri tak mungkin sebab touching dengan orang dalam umah tu. Resultnya bukan lagi best, bile tido umah kawan ni rasa tak selesa, mulalah rasa xsesuai rapat dengan dia. Yeah, raja segala suuzon berlepak di hati.

Pengalaman 20++ tahun idop, ade skit cara nak handle PMS ni terutama dari segi emosi, tapi selalu terkena PMS tak reti lak nak praktikkannya hee~~. Seeloknya time ni,amalkan mathurat atau banyakkan ulang surah2 yang kita hafal. Sebab time ni syaitan tau kita lemah, jadi dia senang nak masuk. Dengan bacaan itu tadi InshaaAllah dijauhkan bisikan syaitan dan akan lebih bersangka baik.

Lagi elok kalau banyakkan bersenam, sebab bila penat lepas bersenam hormon gembira (endorfin) akan dikeluarkan, waktu tu akan rasa lega lain macam la.

Lagi layan sesuatu yang hepikan diri contoh tengok running man kemudian gelak sorang2(ok yang ni tak praktikal untuk peminat filem tamil)

Makan and makan selagi tak buang masa fikir nak touching kat orang.(ok yang ni sangat kontra dengan senaman tadi haha)

Buat benda pelik yang selama ni teringin nak buat tapi tak berani contohnya rakam lagu nyanyian sendiri pastu upload kat youtube dengan harapan u are the next najawa latip.

Kepada insan2 yang hidup dengan perempuan, kasihanilah mereka time ni, banyakkan sabar dan seeloknya ucapkan i love you pada mereka time ni jugak, inshaaAllah terus hilang PMS itu. Ok jom layan lagu Yuna yang colourful sokmo.


lovey dovey