Monday, January 7, 2013

Hidupku yang hippie sometime happy should be more time

Dua tiga hari ni sangat2 des-pe-ra-tio and dont-want-to-smile state. Sehinggalah semalam Aizat muncul dengan misainya yang macho hati sedikit berbunga dengan aura pink. Tapi kejap je pun..

Mencari-cari apa yang kurang rupa-rupanya hari period dah dekat, jadi aura merah sentiasa muncul and that its is, xhabih2 nak touching.

Yang kesiannya untuk orang pompuan ni benda ni la yang disebut premenstrual sindrom atau singkatan PMS. Nasib baik la kelebihan perempuan dalam Islam ni ni cukup banyak dan setara dengan kaum Adam,kalau tak dengan wujudnya PMS ni saje idop boleh menderita huhuhu.

ok yang tak tau pasal  PMS ni, gejala dua tiga hari sebelum orang perempuan datang period. Terjadi dalam lingkungan umur 20-40. Antara simptom2nya..

1) Mood memang tak baik,waktu ni selalu jadi teramat sensitif, orang buat apa2 sikit 
    nak touching,nak marah tapi tak tau kenapa terasa begitu.
2) Encik jerawat mula tumbuh kat muka 
3) Ada yang dah siap-siap senggugut.
4) Senang kembung perut
5) Sakit kepala, migrain

Ingat senang nak handle benda ni,emosi yang paling kritikal memang sesuatu yang paling menyakitkan. Kadang-kadang tak sedar menyusahkan orang sekeliling,termarah atau termerajuk dan endingnya menyusahkan diri sendri. Kebiasaannya time ni saya akan jadi manusia hippie aka orang nomad.

Sebab ape hippie,mula merayap mencari nilai kehidupan yang sebenar yang selalunya akan berakhir di shopping mall dan sebab apa nomad?? selalu tidur merata,kejap umah kawan ni kawan tu,rumah sendiri tak mungkin sebab touching dengan orang dalam umah tu. Resultnya bukan lagi best, bile tido umah kawan ni rasa tak selesa, mulalah rasa xsesuai rapat dengan dia. Yeah, raja segala suuzon berlepak di hati.

Pengalaman 20++ tahun idop, ade skit cara nak handle PMS ni terutama dari segi emosi, tapi selalu terkena PMS tak reti lak nak praktikkannya hee~~. Seeloknya time ni,amalkan mathurat atau banyakkan ulang surah2 yang kita hafal. Sebab time ni syaitan tau kita lemah, jadi dia senang nak masuk. Dengan bacaan itu tadi InshaaAllah dijauhkan bisikan syaitan dan akan lebih bersangka baik.

Lagi elok kalau banyakkan bersenam, sebab bila penat lepas bersenam hormon gembira (endorfin) akan dikeluarkan, waktu tu akan rasa lega lain macam la.

Lagi layan sesuatu yang hepikan diri contoh tengok running man kemudian gelak sorang2(ok yang ni tak praktikal untuk peminat filem tamil)

Makan and makan selagi tak buang masa fikir nak touching kat orang.(ok yang ni sangat kontra dengan senaman tadi haha)

Buat benda pelik yang selama ni teringin nak buat tapi tak berani contohnya rakam lagu nyanyian sendiri pastu upload kat youtube dengan harapan u are the next najawa latip.

Kepada insan2 yang hidup dengan perempuan, kasihanilah mereka time ni, banyakkan sabar dan seeloknya ucapkan i love you pada mereka time ni jugak, inshaaAllah terus hilang PMS itu. Ok jom layan lagu Yuna yang colourful sokmo.


Sunday, January 6, 2013

Aizat- terukir di bintang

Jatuh cinta the only word in my mind last night bile tgk style french mafia Aizat..hakhak

Salute to yuna sebab dia bijak memilih ganti

Kadang2 manusia ni xfaham, to win something u need to do something extraordinary one. Yang unik gilew2 dan hasilnya nah,saya menjerit dan menepuk tangan sampai sakit bile dengar yuzat menang dgn terukir di bintang.

Sebabnye..penat gile dah dengar lagu jerit2 ni. Semalam berbahas dengan member,dia sokong lagu teman pengganti and dia kata lagu2 lembik cam terukir di bintang xbest. Saya gelak dalam hati je la,hanya insan2 matang dan santai je akan rase lagu yuna best ala2 rasa berada di paris gitu. Malaysia ni dah terlampau berlambak dengan lagu jerit2 dan balada yg sedih2 bangat.

Sesekali layan lagu uji rashid style,best woo.

Ape2 JOM layan pic Aizat dan kumisnya ini,sekali kagi Aizat i fall in love with u after too many times i see you. credit to aizatamdan instagram.








untuk yang x sempat tengok live, boleh layan video ajl 27 Yuzat terukir di bintang ini.


Thursday, January 3, 2013

Berlari-lari di taman

Wahh dengar tajuk pun dah buatkan saya rasa nak pegi piknik, pakai topi besar, pakai skirt and lari-lari di taman dengan orang yang kita sayang hehe imaginasi di pagi hari yang malas nak pegi kerja.

Jadi kat bawah ni ada beberapa benda best in my imagination yang kita boleh buat untuk hilangkan kerutinan hidup hari-hari. Kalau ade sape2 nak buat hari ni dengan memonteng kerjanya 'wa salute sama lu'. Orang yang ponteng kerja xsemestinya bad person. Dia nak jadi good person untuk dirinya sekali sekala apa salahnya, tapi jangan amalkan selalulah.Wokey, aktiviti-aktivitinya seperti tertera di bawah(gile skema) :

First....

Satu benda yang orang melayu kurang buat, adalah piknik dengan family di taman-taman, Yang orang melayu selalu buat,nak2 orang key ell ni berpiknik di giant, tesco dan lain-lain lagi

piknik kena ade makanan

Subhanallah banyak cantik ini taman

second..
Still dalam taman lagi, bersiar-siar dengan someone we love naik basikal...diingatkan fixie adalah ditegah sama sekali di sini

Serius suwit sangatttt

yeah really3x sweet

Third..
Membaca bersama-sama someone we love, off course buku lain-lain ok.Boleh buka slow music untuk ketenangan dan diingatkan jugak, lagu k-pop dilarang karang tak pasal-pasal berdisko pula


lebih afdal membaca dengan anak-anak,yang single tu anak kucing pun boleh

Fourth..
buat kebajikan sikit,melawat rumah-rumah anak yatim or orang tua..tambah pahala.

Fifth..
untuk yang tak berduit..pegi tengah2 kl,jalan-jalan konon pelancong la(padahal muke pure melayu). Jangan pegi tempat shopping complex,tapi lepak kt tempat yg masuk free contoh galeria kl,muzium tekstil,dataran merdeka..n jgn lupa kl library.
walaupun lalu depan ni hari-hari tapi still boleh melawat lagi
Last..
Pegi cari mana2 majlis ilmu,dah berlambak sekarang terutama ustaz kita ustaz azhar idrus(tapi malam la pulok).

kalau ada tambahan boleh suggest,tapi seeloknya elakkan yang menggalakkan penggunaan duit yang banyak dan menambahkan maksiat hee~~

Wednesday, January 2, 2013

Rakyat Miskin =)

Teringin sangat nak ade pemimpin macam Saydina Umar Al-Khattab
Waktu di mana tiada rakyat yang miskin dan pemimpin sendiri sedaya upaya mencari rakyat dan menjaga kebajikannya. Jom enjoy gambar rakyat 1 Malaysia versi kepimpinan wasatiyah Dato' Seri Rosmah eh silap, maafkan hamba Dato' Seri Najib..pemimpin berjiwa kerakyatan-pilihanraya-habis-boros-




Tak semua orang boleh tengok wayang, tiket mahal der


Nak pulak masuk Gold Class, jadi security guard pun blom tentu

Rakyat miskin cam kami datang putrajaya untuk jadi cleaner je

Kadang2 teringin nak make kok mekdi (boikot)
Tengok bola pun free dari seat vvvvip
Mesti ada orang-orang tak berape miskin akan cakap,kalau dah miskin dok je umah, jangan nak berangan benda2 yang kompem tak boleh dapat. Saya akan jawab versi lawyer kepada rakyat miskin ini 
          " eh ello, client I tak miskin ok, nenek moyang diorang kaya, hasil negara diorang banyak, yang memiskinkan diorang adalah manusia2 yang dah la diangkat oleh orang2 miskin ini mase pilihanraya, tai bila dah pegang duit mula la mengemis duit rakyat habis-habisan. Memang dasar manusia paling miskin harta dan jiwa ". so I kata pada client I, apalagi " Kita ganyang deme masa PRU 13 nanti:

Abe jib dan Kak Mah, nantikan sekuel rakyat miskin yang bertajuk :The rise of the planet of The Rakyat Miskin"


Thanks to the model..sangat fotogenik..hehe

sedut from Fb

Someone to share with..

Sweet thing about life when we have someone to share with..hee
Sweet dan diredhai

Ada sesiapa yang nak nyanyi lagu for the rest of my life bila tengok gambar ni???sile enjoy =)


                                                                    For the rest of my life-Maher Zain


lovey dovey