Sunday, January 6, 2013

Aizat- terukir di bintang

Jatuh cinta the only word in my mind last night bile tgk style french mafia Aizat..hakhak

Salute to yuna sebab dia bijak memilih ganti

Kadang2 manusia ni xfaham, to win something u need to do something extraordinary one. Yang unik gilew2 dan hasilnya nah,saya menjerit dan menepuk tangan sampai sakit bile dengar yuzat menang dgn terukir di bintang.

Sebabnye..penat gile dah dengar lagu jerit2 ni. Semalam berbahas dengan member,dia sokong lagu teman pengganti and dia kata lagu2 lembik cam terukir di bintang xbest. Saya gelak dalam hati je la,hanya insan2 matang dan santai je akan rase lagu yuna best ala2 rasa berada di paris gitu. Malaysia ni dah terlampau berlambak dengan lagu jerit2 dan balada yg sedih2 bangat.

Sesekali layan lagu uji rashid style,best woo.

Ape2 JOM layan pic Aizat dan kumisnya ini,sekali kagi Aizat i fall in love with u after too many times i see you. credit to aizatamdan instagram.








untuk yang x sempat tengok live, boleh layan video ajl 27 Yuzat terukir di bintang ini.


Thursday, January 3, 2013

Berlari-lari di taman

Wahh dengar tajuk pun dah buatkan saya rasa nak pegi piknik, pakai topi besar, pakai skirt and lari-lari di taman dengan orang yang kita sayang hehe imaginasi di pagi hari yang malas nak pegi kerja.

Jadi kat bawah ni ada beberapa benda best in my imagination yang kita boleh buat untuk hilangkan kerutinan hidup hari-hari. Kalau ade sape2 nak buat hari ni dengan memonteng kerjanya 'wa salute sama lu'. Orang yang ponteng kerja xsemestinya bad person. Dia nak jadi good person untuk dirinya sekali sekala apa salahnya, tapi jangan amalkan selalulah.Wokey, aktiviti-aktivitinya seperti tertera di bawah(gile skema) :

First....

Satu benda yang orang melayu kurang buat, adalah piknik dengan family di taman-taman, Yang orang melayu selalu buat,nak2 orang key ell ni berpiknik di giant, tesco dan lain-lain lagi

piknik kena ade makanan

Subhanallah banyak cantik ini taman

second..
Still dalam taman lagi, bersiar-siar dengan someone we love naik basikal...diingatkan fixie adalah ditegah sama sekali di sini

Serius suwit sangatttt

yeah really3x sweet

Third..
Membaca bersama-sama someone we love, off course buku lain-lain ok.Boleh buka slow music untuk ketenangan dan diingatkan jugak, lagu k-pop dilarang karang tak pasal-pasal berdisko pula


lebih afdal membaca dengan anak-anak,yang single tu anak kucing pun boleh

Fourth..
buat kebajikan sikit,melawat rumah-rumah anak yatim or orang tua..tambah pahala.

Fifth..
untuk yang tak berduit..pegi tengah2 kl,jalan-jalan konon pelancong la(padahal muke pure melayu). Jangan pegi tempat shopping complex,tapi lepak kt tempat yg masuk free contoh galeria kl,muzium tekstil,dataran merdeka..n jgn lupa kl library.
walaupun lalu depan ni hari-hari tapi still boleh melawat lagi
Last..
Pegi cari mana2 majlis ilmu,dah berlambak sekarang terutama ustaz kita ustaz azhar idrus(tapi malam la pulok).

kalau ada tambahan boleh suggest,tapi seeloknya elakkan yang menggalakkan penggunaan duit yang banyak dan menambahkan maksiat hee~~

Wednesday, January 2, 2013

Rakyat Miskin =)

Teringin sangat nak ade pemimpin macam Saydina Umar Al-Khattab
Waktu di mana tiada rakyat yang miskin dan pemimpin sendiri sedaya upaya mencari rakyat dan menjaga kebajikannya. Jom enjoy gambar rakyat 1 Malaysia versi kepimpinan wasatiyah Dato' Seri Rosmah eh silap, maafkan hamba Dato' Seri Najib..pemimpin berjiwa kerakyatan-pilihanraya-habis-boros-




Tak semua orang boleh tengok wayang, tiket mahal der


Nak pulak masuk Gold Class, jadi security guard pun blom tentu

Rakyat miskin cam kami datang putrajaya untuk jadi cleaner je

Kadang2 teringin nak make kok mekdi (boikot)
Tengok bola pun free dari seat vvvvip
Mesti ada orang-orang tak berape miskin akan cakap,kalau dah miskin dok je umah, jangan nak berangan benda2 yang kompem tak boleh dapat. Saya akan jawab versi lawyer kepada rakyat miskin ini 
          " eh ello, client I tak miskin ok, nenek moyang diorang kaya, hasil negara diorang banyak, yang memiskinkan diorang adalah manusia2 yang dah la diangkat oleh orang2 miskin ini mase pilihanraya, tai bila dah pegang duit mula la mengemis duit rakyat habis-habisan. Memang dasar manusia paling miskin harta dan jiwa ". so I kata pada client I, apalagi " Kita ganyang deme masa PRU 13 nanti:

Abe jib dan Kak Mah, nantikan sekuel rakyat miskin yang bertajuk :The rise of the planet of The Rakyat Miskin"


Thanks to the model..sangat fotogenik..hehe

sedut from Fb

Someone to share with..

Sweet thing about life when we have someone to share with..hee
Sweet dan diredhai

Ada sesiapa yang nak nyanyi lagu for the rest of my life bila tengok gambar ni???sile enjoy =)


                                                                    For the rest of my life-Maher Zain


K-Pop dan kegilaan

Frankly, I am one of them..k-pop die hard fan. Sebut je nama-nama TVXQ,Super Junior, SNSD and banyak lagi la, memang dah hafal diorang punya karakter dan kelebihan.

Tapi pada satu hari, bila terbaca tentang kisah disebalik lagu Gangnam Style yang sangat-sangat popular (walaupun sampai sekarang saya tak dapat nak feel kenapa lagu ni popular ek??) saya rasa macam sangat kesian dan simpati dengan nasib rakyat korea selatan sebenarnya. Mereka terlampau disajikan dengan hiburan-hiburan yang melampau sampaikan mereka tak sedar tujuan hidup yang lain selain daripada menjadi popular dan dapat duit yang banyak dan satu lagi obses menjadi cantik/hensem.

Akhirnya bila semua benda yang diorang kejar tu dah takde mulalah ramai yang ambil keputusan untuk menamatkan nyawa sendiri. 

Kesian sangat dengan diorang sebab kalau difikirkan diorang ni dikira jahil dan sangat zero pengetahuan tentang sinar Islam yang sebenarnya sangat cantik untuk kehidupan berbanding keadaan sekarang yang rata-rata beragama kristian/buddha (tapi xamalkan) dan tidak beragama.

Saya juga peminat Running Man..bagi saya variety show ni sangat sempoi, dan lawaknye ada kelas and off course original tidak ditiru. Teringat kata2 cik sufi, pelawak Malaysia ni selalunya habis tinggi education pun lepas SPM..sebab tu lawak yang diorang buat kebanyakannya lucah, takde isi n tengok sekali pun dah cukup. Setuju bangat dengan sufi dalam hal ni. Di korea kebanyakan selebriti kena ade degree dalam bidang masing-masing. Sebab tu agaknya show yang diorg buat lebih nampak real life?? 

Dalam Running Man ade national MC mr Yoo Jae Suk. Mula2 tengok muka dia memang tak minat sebab ala-ala pakcik2 and tak hensem lak tu. Tapi bila tengok dia sekian lama baru tau, dia seorang yang friendly. Even makcik-makcik kat pasar2 tu kalo yang lain lalu diorg tak heran tapi kalau Mr Yoo Jae Suk ni lalu mule excited..cam nampak artis kegilaan ramai gitu.

Dan mulelah otak udang ni berfikir, jika someone yang sangat baik, disenangi orang ramai dan sangat popular macam MC Yoo ni memeluk Islam..inshaaAllah sinar Islam akan berkembang di korea selatan.

so Malaysian muslim,we actually have a very great mission. Kenapa sekadar nak minat, kan elok kita tarik mereka2 yang kita minat tu ke arah kebaikan. Lets start with Mc Yoo..hehe.Jadi pendakwah walaupun secara kecil-kecilan tapi bila boleh tarik seseorang yang kita sayang inshaaAllah..hikmahnya besar-besaran.

MC Yoo aka Yoo Jae Suk


Untuk yang tak pernah baca boleh tengok sini tentang kisah sedih disebalik tarian Gangnam ini. Percaya sangat itu tidaklah, tapi memang dah clear industri hiburan korea memang begitu.


lovey dovey