Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.
“Kenapa masih bekerja Pak cik?”
“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.
Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.
“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.
“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.
“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.
“Bukankah BEKERJA itu satu IBADAH? IBADAH mana ada PENCEN,”jawabnya pendek.
Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya.
Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.
“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”
Thursday, January 12, 2012
Tahun 2012 adalah tahun kena cari duit banyak2
Memang tahun ni dah berazam sungguh nak kumpul duit banyak,beli emas dan simpan dalam al-Afwar(ade lagi ke ni?). Setiap perbuatan mesti di balas dengan pulangan duit walaupun seposen.
Plannye
1. ajar tusyen malam2..pahala dapat duit pun dapat
2.projek tanam cili depan rumah atau dalam pasu.(kalau ade ayam kacau, baling dgn batu..huhu)
3.jual kerepek kat budak2 ni tiap2 malam (memang obese la diorang pasni)
Labels:
PURSUIT OF HAPPYNESS,
TANAM CILI,
WILL SMITH
Wednesday, January 11, 2012
Japan's youth turn to rural areas seeking a slower life
he bright lights of the big city have been a draw for decades, pulling people into Tokyo from the countryside.
But for some young Japanese, the city with its skyscrapers and neon lights is losing its appeal.
Like millions of others from her generation Megumi Sakaguchi cannot find a permanent job, just contracts.
Temporary workers now make up a third of the workforce - up from fewer than a fifth in the mid-1980s - and a greater proportion of them are young.
The certainty of the job-for-life tradition enjoyed by earlier generations has passed her by.
"I never know if I'm going to lose my job," she says. "Financially my anxiety levels are very high.
"In the morning during the rush hour when I'm getting off the train, the way people behave, they are almost inhuman," she adds.
Aku lagi best dari orang lain
syaitan akan menyerang manusia kepada banyak pintu, cuma kekuatan iman yang boleh menutup pintu-pintu itu.
Nak cari kekuatan iman itu!!
Kadang-kadang Allah s.w.t tidak menguji kita dengan dugaan fizikal, tetapi dia memberikan kita dugaan Emosi. Cuba tengok di dunia ni, berapa ramai yang bunuh diri kerana gangguan perasaan, bukan kerana kesakitan fizikal. Gangguan perasaan yang diselami dengan hasutan syaitan itu kadang2 simple2 je, contoh jeles dengan kawan dekat tempat kerja, rase cam orang tak sayang kita secara tiba2, rasa keseorangan dan yang paling dasyat touching tak bertempat.
Dengar cam biase2 je kan..tapi bagi orang yang pernah mengalami benda ni ianya satu beban yang tak tertanggung. Benda ni memang berkait rapat dengan self-esteem.
Yang paling ketara terutama golongan perempuan, yang akan serta merta depress terutama kalau melibatkan penampilan diri. pernah dengar tak situasi ni, contoh si Melah(bukan nama sebenar) seorang yang single, tetapi si melah selalu terpaksa menemani kawannya yang cun ala2 diana danielle yang namenya laili natasha (jgk bkn nama sebenar). Hari2 melah akan duduk macam tunggul sambil tengok diorg berdating dan kalau adepun kawan si boyfriend si Laili ni datang diorang bertiga akan borak cam nak rak dan tinggal la si Melah ni sorang2 cam tunggul gak.
Sunday, January 8, 2012
solat itu lebih baik dari tidur..
Sembahyang subuh menyelamatkan seseorang daripada sifat nifaq bagi sesiapa yang bimbang dirinya menjadi munafiq. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”
Seorang penguasa Yahudi berkata, “Kami baru takut kepada umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat Subuh seperti melaksanakan solat Jumaat”
mari berjemaah..
cantiknya pemandangan subuh, bagi yang bangkit dan menghayati nikmat pertama setiap hari.

Subscribe to:
Posts (Atom)