Tuesday, January 3, 2012

huuuhaaa

Ombak Rindu Vs Madrasapattinam

Assalamualaikum

Kat sini saya bukan nak buat review filem, tapi sebagai satu perkongsian yang orang melayu (islam?) kita tak sedar kadar pemikiran kita dah jatuh ke tahap yang amat remeh.

Ok sebelum tu nak godak sikit pasal dua filem di atas, yang first Ombak rindu


Kisah Izzah yang dipaksa menjadi pelacur oleh pakciknya, dan akhirnya dibeli oleh Haris dan bla,bla,bla.tak payah cerita panjang2 rasanye semua dah hafal jalan cerita filem ni.

sebelum tengok cerita ni memang rasa teruja, ye lah sana sini orang kata best siap kata mat2 rempit jiwa kental pun boleh tangkap nangis. Tapi selepas tengok (kat astro first je), terasa..perlu kah menangis. Cerita biasa2, tipikal cinta orang melayu yang heronya anak datuk, ada mak yang garang and berlagak (datin off course), dah ada awek and yang paling penting tudung heroin mesti pelik, ntah fesyen planet mane??. Tapi kutipan filem ni lebih dari RM 10 juta. Apekah nilai 10 juta ini??

Endingnya..happily ever after..


second movie Madrasapattinam




Movie tamil ala2 Titanic yang memang penuh dengan adegan percintaan bersopan, sejarah dan yang paling penting tak perlu adegan berkemban and atas ranjang. Filem ini berlatar belakangkan tahun 1945 semasa perang dunia kedua dan British menjajah India di kawasan Madras (chennai, india).
Filem bersejarah ini yang memaparkan kisah percintaan seorang gadis British , Amy Wilkingson yang datang ke Madras mengikut bapanya seorang gabenor British. Semasa di Madras Amy telah jatuh cinta dengan seorang lelaki tempatan yang kerjanya mengambil upah mencuci kain orang atasan. Yang hebatnya filem ini, kisah percintaannya lebih hidup kalau nak banding Titanic(dua2 cerita sejarah) kerana cintanya lebih suci tanpa perlu adegan berzina. Dan latar belakang filem di Madras pada tahun 1945 nampak amat real dan filem ini memang bagus untuk mengetahui sejarah india lebih lanjut.

nak buat perbandingan

1. filem melayu masih cetek nilai akhlak Islamnya, tambah2 bila dikaitkan dengan percintaan. Kadang2 rase malu bile tengok filem kafir tapi tak perlu adegan2 lucah yang tak patut.

2. Tak ramai producer filem berani letakkan kerjaya hero filem Melayu sebagai biase2 dalam cerita serius.Komedi memang berlambak. Apa salahnya hero itu cuma berkerja sapu sampah..yang penting dia hero.

3.Dialog dalam Ombak rindu nampak tak real, tak sesuai diguna untuk kehidupan seharian contoh kate la kite cakap kat kawan camni "izinkan daku pergi ke library"..terlampau novelnya diri. Cuba cari dialog dalam madraspattinam ni "what is your name, selvi?"..mmg normal sangat orang kampung cakap camtu.

4. Bukan nak sokong agama hindu, tapi dalam filem2 tamil ni orangnya amat la alim, adegan sembahyang tak tinggal, tapi berapa kerat dalam filem melayu hero or heroin akan sentuh bab2 solat. Solat pun doa je, 2 pun sebab ade musibah.

5. Apa yang kita dapat dari kedua2 filem. Ombak rindu..err..xtau, Madrasapattinam ..baru saya tau, betapa susahnya India mengharungi zaman penjajahan British. Selama ni dalam buku teks sejarah cuma bagitau India menjadi tempat pengkalan tentera british, maybe org di India senang lenang..uhuks.


Conclusionnya..bukannya nak hina filem sendiri, dan bukan juga nak menggalakkan sangat tengok filem2 ni. Tapi filem dan tv adalah salah satu faktor mengapa dari segi akhlaknya Melayu Islam sedang mengalami zaman gelap(jahiliyah). Semoga suatu hari nanti orang Melayu lah yang akan membangkitkan filem2 yang bersih sepenuhnya..yang baik akhlaknya dan lillahi taala.

Kan elok kalau KRU PRODUCTION buat filem Sultan Muhammad Al-Fateh..rather than Vikingdom?(salah satu kaum yang dipercayai Yakjuj Makjuj)

Monday, January 2, 2012

2012 dan petanda-petanda akhir zaman

Usia dah bertambah dan semoga keimanan pun bertambah. 2012 ni tahun yang agak popular dengan berbagai ramalan, kiamat, gempa bumi tapi yang pasti kita sebagai umat Islam sudah lama mempercayai hari kiamat itu pasti ada dan hanya Allah s.w.t yang tahu harinya. Yang mampu kita buat..tambahkan amal ibadat.

Di sini saya nak share beberapa fakta tentang petanda akhir zaman yang telah pun di bukakan hijabnya supaya manusia dapat memilih jalan yang lurus.

1. Pokok sudah boleh bercakap di palestin -pokok Qhardaq

Sunday, October 16, 2011

10 Pintu Syaitan Pada Diri Manusia dan 10 Penangkalnya.

Seorang ahli ibadah berkata,

“Aku memperhatikan dan memikirkan dari pintu mana syetan masuk ke dalam diri manusia. Ternyata ia masuk melalui sepuluh pintu :

1. Serakah dan buruk sangka. Maka aku melawannya dengan sifat qona’ah (merasa cukup dengan apa yang ada) dan sikap percaya (yakin).

2. Cinta kehidupan dan panjang cita-cita. Maka aku melawannya dengan rasa takut maut menjemput secara tiba-tiba.

3. Ingin hidup santai dan serba nikmat. Maka aku melawannya dengan hilangnya kenikmatan dan perhitungan yang pahit.

4. Ujub (bangga diri). Maka aku melawannya dengan kesadaran bahwa semua yang ada adalah anugerah dari Allah dan dengan rasa takut akan akibat yang akan terjadi.

5. Meremehkan dan kurang menghormati orang lain. Maka aku melawannya dengan mengetahui hak dan kehormatan mereka.

6. Dengki. Maka aku melawannya dengan qona’ah dan puas dengan apa yang Allah bagikan kepada makhluk-Nya.

7. Riya dan senang dipuji orang. Maka aku melawannya dengan ikhlas.

8. Kikir. Maka aku melawannya dengan kesadaran akan binasanya apa-apa yang ada di tangan makhluk dan kekalnya apa-apa yang ada di sisi Allah swt.

9., Sombong. Maka aku melawannya dengan sifat tawadlu (rendah hati).

10. Tamak. Maka aku melawannya dengan tsiqoh (yakin) terhadap apa yang ada pada sisi Allah dan zuhud (meninggalkan apa yang ada pada manusia).

Saturday, October 15, 2011

BUDAK-BUDAK YANG TAK SPOIL

Love come and we feel it sometimes very fast and very rare. Terutama spesies2 cinta terlarang.
OK OUT OF TOPIC..
Hari ni tak nak cakap pasal cinta, sebab semua umat manusia maklum cinta itu ada di hati. Cuma cara menterjemahkannya terletak pada diri masing2 dan terletak pada setinggi mana imannya. Nak bagitau, tengah boring2 melayan facebook dengan status manusia perasan popular yang macam2, I try google RUMAH ANAK-ANAK YATIM DI MALAYSIA. Dan di sinilah I jumpa insan2 yang kekurangan perasan dicintai oleh kedua ibu bapa yang lebih di CINTA kan tuhan yang satu.

I admit, budak2 kecik not my priority lebih2 lagi budak2 kecik yang mengada-ngada bila their parent ade depan mata. Konon comel la tu.
But what is different with anak-anak yatim, they always smile but di dalam hanya tuhan yang tahu.


they don't have mom to say "adik pakai kain elok2".."mari sini mak tolong pakaikan tudung".."kakak, kenapa asyik tgk tv je, pegi belajar"..no one will tell them like this in the of 'mother'.

I cuba cari gak kot2 ada sukarelawan diperlukan untuk rumah-rumah anak yatim ni. tapi kebanyakannya takde, maybe lack promotion.But I akan terus cari, supaya darjat keimanan I akan tinggi dengan kerja2 amal ni ..CEWAHH.

Lagi satu nak bagitau, budak-budak yang masih ada parent sepatutnya dibiarkan merasai perasaan macam anak-anak yatim ni sekejap. Supaya takde la mereka-mereka yang spoil ini 24 hours tak habis2 fikir cara nak tambahkan kederhakaan kepada ibu bapa.

lovey dovey