My Top 10 Movie/Drama

Movie/Drama yang saya tengok berulangkali sebab..best dan inspirational.

Ke- 10 ~~~ Confession of A shopaholic (English)

 
Untuk seorang yang boros dan kaki shopping, filem ni agak mengamankan jiwa..heehiks.



Ke- 9 ~~~ Perfect Stranger (English)


Good thing about this movie, ending yang sangat twist. Tak sangka pembunuh tu ..??tgk sendiri ok.






Ke- 8 ~~~  Mr BRAIN (Japanese)


Untuk peminat sains fiksyen detektif, atau cita2 nak jadi saintis patut nontoni MR.BRAIN. Seperti kebanyakan komik penyiasatan Jepun, subjek mengapa penjenayah melakukan jenayah itu,cerita disebalik jenayah mereka memberi gambaran tentang sisi gelap jenayah sosial yang melampau sekarang tapi kita tak nampak. Episod tentang remaja yang diculik sejak sekolah rendah dan bebas bila dewasa sgt best. Moral masyarakat kita sgt rendah..sedih~~





KE-7~~~ Istanbul Aku Datang (Melayu)


Sesekali layan cerita tak berapa serius,takde jenayah sangat, comel2 cam Lisa Surihani and berangan kejap nak travel ke Istanbul..hukhuk. Abaikan saja Tomok itu. Nak naik motor cam Beto.




Ke-6~~~ Pursuit Of Happiness (English)

Kalau terasa nak membazir duit bershopping bila dapat gaji sebelum tu elok tgk movie ni. Kesusahan seorang jurujual MLM menjual produk yang dibeli. Kesempitan hidup hingga ditinggalkan isteri yang sudah penat, dihalau dari rumah sewa dan terpaksa tidur di tandas subway. Takkan lepaskan anak lelakinya walau hidup susah keranatak mahu anaknya membesar sepertinya tanpa bapa.Filem jujur ni jgk tunjuk survival manusia yg tidak stabil ekonominya,sehingga terpaksa menjual darah,beratur untuk dapat peluang tinggal di bilik percuma yang ditawarkan kepada manusia tidak berumah(gelandangan). Pengakhirannya,yang berusaha itu pasti akan berjaya.





Ke-5 ~~~  What Happened In Bali (Korea)


Drama ni xde heroin cun melecun,comel2,kerja comel2 jgk. The best thing, heroin dalam cerita ni mmg digambarkan tak berapa lawa,agak murahan tapi berusaha untuk melakukan apa2 kerja bagi menampung hidup. Sehingga heroin terjumpa hero anak taikun besar perniagaan yang kuat berjoli tapi mudah kesian pada orang. Heroinnya konon nak menempel hidup,nak goda anak org kaya tu tapi tak pasal2 kena hinadengan hero.Cerita ni sangat realiti. Cinta yang disebabkan sikap bukan rupa comel2. 



Ke-4~~~  I Am Legend (English )

Filem pasal zombi selalu byk adegan geli2,darah2..tapi filem ni memang legend. Perjuangan seorang saintis yang merupakan satu2nya manusia yang survive dengan anjingnya untuk mencari penawar bagi virus yang menyebabkan kezombian di bumi waktu tu.Virus tu asalnya dilemahkan(mcm antibiotik) untuk merawat kanser. Tapi lepas pulih dari kanser ramai yang jadi zombi.  




Ke-3~~~ My Name Is Kim Sam Soon (Korea)


Drama ni kelakar,dan ada Hyun Bin.




 Ke-2~~~ Apocalypto (English)


Filem kaum maya kuno yang dijajah oleh maya Aztech yang lebih bertamadun. Puak mereka ditangkap dan dibawa ke kota Aztech untuk dikorbankan kepada tuhan Aztech bagi menurunkan hujan. Salah seorang mereka terselamat dan melarikan diri. Episod melarikan diri tu sangat best,meredah hutan berhari-hari sehingga samapai di hutan sendiri untuk menyelamatkan anak dan isteri yang terperangkap dalam perigi. Pengakhiran cerita ni pengarah tunjukkan siapa kepala penjajah yang sebenar.





Drum rolllll~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama ~~~  Priceless (Japanese)


Favorite drama sesangat, first memang sebab Takuya Kimura yang talented. Drama ni sangat galakkan kita berfikiran positif walau handphone jatuh laut,kena buang kerja, rumah meletup dan tinggal sehelai sepinggang. Sikap hero yang akan down sehari je,pastu bangkit pagi dengan idea yang lebih positif. Dalam drama ni, buat kita rasa perlu mencari kawan2 sejati yang sanggup bersama dengan kita bila berada di point yang sama(zaman kejatuhan). Terasa indah ukhwahnya. Best thing tentang drama Jepun,cinta tu hanya 10%. Memajukan diri supaya dapat bantu orang keliling adalah 90%. Quote dalam priceless :

"Kejayaan melakukan kerja itu adalah semangat sepasukan,tiada ahli/rakan yang perlu diketepikan walaupun mereka lemah  "









3 comments:

  1. suka sangat dengan confession of shophaholic, hee novel dia pn best

    http://dumtaradumdum.blogspot.com/2014/01/top-10-favourite-romantic-movies-english.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..agree. Movie ni sgt santai dan byk moral value utk kaki shopping.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

lovey dovey