Wednesday, March 27, 2013

Manusia yang kita sudah,sedang dan akan sayang

Petang2 ni layan "Leessang Blues"

loving you..blablabla
loving you..blablabla

sorry, blablabla tu maksudnya I xbrape faham ape yang disebut kang gary dalam bahase korea itu.

Pernah terasa menyayangi seseorang without condition?
Seriously I xpernah rasa begitu. Sebabnya bila termenonton isu ni dalam kbs world tadi, kepala I terus berputaq-putaq berfikir satu nama. Tapi hampeh..xdo.

Sebab itu agaknya sampai sekarang i am single and available..hakhakhak

Sebut pasal isu ni, live without condition tu bukan untuk boypren je tapi termasuklah bestpren. Still takde satu name pun dalam kepale ni yang terlintas. Ini terbukti my social life was really suck.

Kalau diingatkan balik, dulu sejak kecik memang tak brape ada kawan rapat. Mungkin konfiden level yang sangat rendah ditambahkan pulak dengan tak berape comel, jadi i adalah lone ranger. Sampailah darjah 4. Ada budak perempuan baru dalam kelas. Tak tau apa kelebihan dia, I sangat kagum. Tiba2 pulak kan,budak ni sangat ramah. Jadik hidup I bersinar2 dengan kehadiran dia. Sampailah satu petang kat sekolah agama, Rosma(bukan nama sebenar..walaupun benar)..jatuh tangga. Balik je sekolah I sangat sedih. Asyik ingatkan Rosma je..

Pastu, Rosma cuti sampai sembuh. Dalam dua tiga hari jugaklah. Nak jadik satu cerita, tiba2 suatu hari Rosma cakap "tadi saya nampak mak awak jalan,dia jalan camni..camni"sambil gelak2 dengan kawan lain..Apa yang I fikir waktu tu? Nasib baik waktu tu I bukan wanita berkaliber pejuang hak asasi lagi. Jadi I diam je..dan sumpah lepas tu Rosma adalah manusia bertopengkan siput babi, tak sesuai jadikan kawan.

See..
I manusia yang blaja dari pengalaman hidup..jadi sampai sekarang takkan jadi terlalu baik pada sesiapa. Tapi kalau ada yang memerlukan pertolongan..akan tetap ditolong.

Back to the love without any condition..
agaknya bila I jumpa mana2 lelaki yang mcam itu..maka I tau dia soulmate I.
Tanpa bertangguh lagi kat bawah ni I nak list my ideal type. Ade pakar cakap, kalau kita listkan dan baca hari2 inshaaAllah boleh dapat. Jadi let's start :

1. Muka nak macam Jo In Sung
2. Mesti lebih tinggi dari I
3. Tak kisah chubby sikit tapi tak nak gemuk
4. Pendapatan mesti lebih dari I tak kisah even dia jual ikan
5. Solat cukup 5 waktu
6. Tak nak ustaz2..
7. Tak kisah ilmu agama sikit, asalkan ada dan yang penting sentiasa nak cari ilmu itu..
8. Perlu nampak lebih bijak dari I
9. Dia akan bawa I ke mana-mana yang dia pergi even kedai mamak
10. Suka travel
11. Suka korea
12. lagi err..nanti la sambung


Mungkin ada orang akan cakap.. u are sooo bajet la. Tak kisah, benda ni magnet. Kalau nak jadi betol kena positif kan jadi. And finally..

So true.. aminnn.

Tuesday, March 19, 2013

Selamat tinggal cinta manusia yang belum tentu indahnya

Terus terang..
Saya dihurungi perasaan sedih,dan rasa tidak disayangi. Sebabnya saya baru tersedar(sebenarnya dah lama). insan yang saya anggap menyayangi saya rupa-rupanya tidak. Kebaikannya selama ni wujud bila tiada orang lain yang menemani.

Baikkah lelaki begitu..untuk waktu ini saya akan menggeleng seratus kali. Tak tau la pulak untuk waktu yang lain. Lelaki yang saya anggap motivasi untuk diri, yang mana saya terdorong untuk melengkapkan lagi ilmu bila teringatkan dia. Lelaki yang status facebook sangat islami. Lelaki yang..entahlah. Tiba2 terasa saya tidak mengenali lelaki yang satu ini.

Hati perempuan ini sangat halus sifatnya..seperti kristal kuprum sulfat(ok yg ini mmg sy gila). Sekali disentuh,akan berubah bentuknya. Jangan sesekali menyentuh hatinya, jika tidak ingin kamu nikahinya.
Tidak kisahlah kamu itu,calon suami ke syurga, ustaz ada PHD, berkopiah ke mana2..itu bukan tiket untuk kamu menyentuh hati perempuan dengan niat suka2.

InshaaAllah malam ini, saya akan memilih untuk hidup dengan tenang. InshaaAllah tiada lagi berbaik sangka padanya dan sentiasa memaafkan kerana InshaaAllah, dia tiada lagi dalam diari hidup saya.

Saya terjumpa sepotong ayat dalam FB.."tidak perlu bersedih jika dia meninggalkan kamu tetapi kasihan padanya kerana dia meninggalkan insan yang benar2 mencintainya"

p/s: saya tidak bercouple, cuma kadangkala berhubung dengan msg, fb dll. Alhamdulillah, saat ini saya sangat sedar berhubung tanpa keperluan itu juga tidak baik untuk bukan mahram. Maka saya redha..Allah dah tetapkan jalan yang lebih baik untuk saya.

lovey dovey