Friday, January 27, 2012

I don't love you..

very diehard fan of MCR nih


cube dalami liriknya


Well, when you go
Don't ever think I'll make you try to stay
And maybe when you get back
I'll be off to find another way

And after all this time that you still owe
You're still a good-for-nothing I don't know
So take your gloves and get out
Better get out while you can



every woman patut jadi sekuat ini sebenarnya. when u get dump by someone, tell him "don't ever think i'll make u try to stay". insyaAllah, mamat tu akan melongo sambil mulut nganga selua-luasnya. sebabnya, waktu tu ego dia runtuh, waktu tu baru dia tahu..how cheap he is, price lessssss.


Lagi satu kan. apasal ye kalau putus cinta je mesti perempuan yang salahkan, xpandai jaga laki la, kuat meleter la, suka mengongkong and what so ever. Jadik perempuan2 di sana, we are all mean to be appreciate, syurga di bawah tapak kaki ibu, org tak cakap syurga di bawah tapak kaki ayahkan..


hargai diri sendiri dulu sebelum nak orang hargai.
biarlah orang kata jual mahal, sebab yang mahal je yang orang pandang berharga.
jangan bercinta secara haram (couple) kalau tak nak diri sakit dimakan ulat-ulat cinta syaitan..wallahualam.

Tuesday, January 17, 2012

umrah + ziarah ke istanbul..officially target

Pernah simpan apa-apa impian dalam hidup?pernah cuba tunaikan?

For the first time, saya ada impian. setelah sekian lama saya hidup sebagai insan yang redha dengan rezeki yang cukup makan pun dah ok, bleh tgk tv, ade laptop dan jalan2 pegi shopping mall dah kire amat bertuah. Tapi sekarang hidup xboleh dirugikan, kena ade target.

target jangka panjang, biase la..nak beli rumah, dah tua2 nanti kalau anak nak halau dari rumah cakap je kat dia, ni umah mak, ko yang kena blah dari sini..haha, bangge je.

target jangka pendek, yang kat tajuk 2, nak pegi umrah disamping nak ziarah istanbul.

ape yang ada dengan Istanbul??
ni semua efek dari buku sultan muhammad al-fateh yang penulisnya Latip talib. Hebat betul Sultan Muhammad Al-Fateh dalam cerita 2 dan lagi hebat usia beliau menakhluk istanbul(constatinople) adalah 21 tahun, muda sangat2. tiba2 terfikir lak, kenapa mahasiswa kat Malaysia ni umur 21 tahun masih dianggap budak hingusan..uhuks..terbatuk sebentar.

Disamping 2 nak melawat sekali muzium Aya Sofea yang asalnya gereja, kemudian ditukarkan jadi masjid oleh sultan Al-Fateh dan kemudian ditukarkan pula oleh si zalim Mustafa Kamal Attarturk kepada muzium sampai la hari ni.

Sunday, January 15, 2012

Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?

by Ibnu Annuriah Zain Addin 

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”


Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,
“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”

“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Thursday, January 12, 2012

HATI SEORANG PEMANDU TEKSI ~ SEBUAH KISAH PENUH PENGAJARAN

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.

“Kenapa masih bekerja Pak cik?”

“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.

Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.

“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.

“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.

“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.

“Bukankah BEKERJA itu satu IBADAH? IBADAH mana ada PENCEN,”jawabnya pendek.

Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya.

Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.

“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”

Tahun 2012 adalah tahun kena cari duit banyak2

Memang tahun ni dah berazam sungguh nak kumpul duit banyak,beli emas dan simpan dalam al-Afwar(ade lagi ke ni?). Setiap perbuatan mesti di balas dengan pulangan duit walaupun seposen.

Plannye

1. ajar tusyen malam2..pahala dapat duit pun dapat
2.projek tanam cili depan rumah atau dalam pasu.(kalau ade ayam kacau, baling dgn batu..huhu)
3.jual kerepek kat budak2 ni tiap2 malam (memang obese la diorang pasni)

Wednesday, January 11, 2012

Japan's youth turn to rural areas seeking a slower life

Sayo, Japan


he bright lights of the big city have been a draw for decades, pulling people into Tokyo from the countryside.
But for some young Japanese, the city with its skyscrapers and neon lights is losing its appeal.
Like millions of others from her generation Megumi Sakaguchi cannot find a permanent job, just contracts.
Temporary workers now make up a third of the workforce - up from fewer than a fifth in the mid-1980s - and a greater proportion of them are young.

Generation Asia graphic
The certainty of the job-for-life tradition enjoyed by earlier generations has passed her by.
"I never know if I'm going to lose my job," she says. "Financially my anxiety levels are very high.
"In the morning during the rush hour when I'm getting off the train, the way people behave, they are almost inhuman," she adds.

Aku lagi best dari orang lain

syaitan akan menyerang manusia kepada banyak pintu, cuma kekuatan iman yang boleh menutup pintu-pintu itu.

Nak cari kekuatan iman itu!!

Kadang-kadang Allah s.w.t tidak menguji kita dengan dugaan fizikal, tetapi dia memberikan kita dugaan Emosi. Cuba tengok di dunia ni, berapa ramai yang bunuh diri kerana gangguan perasaan, bukan kerana kesakitan fizikal. Gangguan perasaan yang diselami dengan hasutan syaitan itu kadang2 simple2 je, contoh jeles dengan kawan dekat tempat kerja, rase cam orang tak sayang kita secara tiba2, rasa keseorangan dan yang paling dasyat touching tak bertempat.

Dengar cam biase2 je kan..tapi bagi orang yang pernah mengalami benda ni ianya satu beban yang tak tertanggung. Benda ni memang berkait rapat dengan self-esteem.

Yang paling ketara terutama golongan perempuan, yang akan serta merta depress terutama kalau melibatkan penampilan diri. pernah dengar tak situasi ni, contoh si Melah(bukan nama sebenar) seorang yang single, tetapi si melah selalu terpaksa menemani kawannya yang cun ala2 diana danielle yang namenya laili natasha (jgk bkn nama sebenar). Hari2 melah akan duduk macam tunggul sambil tengok diorg berdating dan kalau adepun kawan si boyfriend si Laili ni datang diorang bertiga akan borak cam nak rak dan tinggal la si Melah ni sorang2 cam tunggul gak.

Sunday, January 8, 2012

solat itu lebih baik dari tidur..

Sembahyang subuh menyelamatkan seseorang daripada sifat nifaq bagi sesiapa yang bimbang dirinya menjadi munafiq. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”

Seorang penguasa Yahudi berkata, “Kami baru takut kepada umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat Subuh seperti melaksanakan solat Jumaat”

mari berjemaah..

cantiknya pemandangan subuh, bagi yang bangkit dan menghayati nikmat pertama setiap hari.

Saturday, January 7, 2012

petunjuk akhir zaman

"Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya beserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, karena sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Thursday, January 5, 2012

I love spongebob..sebab dia xpernah berfikir

Assalamualaikum

selalu tepat je pkol 5 petang lepas habis keje, lepak depan tv dan buka tv9 dan "who live in the pineapple under the sea..spongebob squarepant!!"..haha.stress keje senang2 je hilang.

kenape spongebob, kenape bukan drama Tentang Dia?..sebab spongebob mengarut dan memang ditakdirkan untuk mengarut. tapi tentang Dia? mengarut gak..tapi sebenarnye patut serius.

kalau saya bukan manusia tak reti bersyukur dah memang keluar ayat ni "kenape la tak jadi cam spongebob je?"



Tuesday, January 3, 2012

huuuhaaa

Ombak Rindu Vs Madrasapattinam

Assalamualaikum

Kat sini saya bukan nak buat review filem, tapi sebagai satu perkongsian yang orang melayu (islam?) kita tak sedar kadar pemikiran kita dah jatuh ke tahap yang amat remeh.

Ok sebelum tu nak godak sikit pasal dua filem di atas, yang first Ombak rindu


Kisah Izzah yang dipaksa menjadi pelacur oleh pakciknya, dan akhirnya dibeli oleh Haris dan bla,bla,bla.tak payah cerita panjang2 rasanye semua dah hafal jalan cerita filem ni.

sebelum tengok cerita ni memang rasa teruja, ye lah sana sini orang kata best siap kata mat2 rempit jiwa kental pun boleh tangkap nangis. Tapi selepas tengok (kat astro first je), terasa..perlu kah menangis. Cerita biasa2, tipikal cinta orang melayu yang heronya anak datuk, ada mak yang garang and berlagak (datin off course), dah ada awek and yang paling penting tudung heroin mesti pelik, ntah fesyen planet mane??. Tapi kutipan filem ni lebih dari RM 10 juta. Apekah nilai 10 juta ini??

Endingnya..happily ever after..


second movie Madrasapattinam




Movie tamil ala2 Titanic yang memang penuh dengan adegan percintaan bersopan, sejarah dan yang paling penting tak perlu adegan berkemban and atas ranjang. Filem ini berlatar belakangkan tahun 1945 semasa perang dunia kedua dan British menjajah India di kawasan Madras (chennai, india).
Filem bersejarah ini yang memaparkan kisah percintaan seorang gadis British , Amy Wilkingson yang datang ke Madras mengikut bapanya seorang gabenor British. Semasa di Madras Amy telah jatuh cinta dengan seorang lelaki tempatan yang kerjanya mengambil upah mencuci kain orang atasan. Yang hebatnya filem ini, kisah percintaannya lebih hidup kalau nak banding Titanic(dua2 cerita sejarah) kerana cintanya lebih suci tanpa perlu adegan berzina. Dan latar belakang filem di Madras pada tahun 1945 nampak amat real dan filem ini memang bagus untuk mengetahui sejarah india lebih lanjut.

nak buat perbandingan

1. filem melayu masih cetek nilai akhlak Islamnya, tambah2 bila dikaitkan dengan percintaan. Kadang2 rase malu bile tengok filem kafir tapi tak perlu adegan2 lucah yang tak patut.

2. Tak ramai producer filem berani letakkan kerjaya hero filem Melayu sebagai biase2 dalam cerita serius.Komedi memang berlambak. Apa salahnya hero itu cuma berkerja sapu sampah..yang penting dia hero.

3.Dialog dalam Ombak rindu nampak tak real, tak sesuai diguna untuk kehidupan seharian contoh kate la kite cakap kat kawan camni "izinkan daku pergi ke library"..terlampau novelnya diri. Cuba cari dialog dalam madraspattinam ni "what is your name, selvi?"..mmg normal sangat orang kampung cakap camtu.

4. Bukan nak sokong agama hindu, tapi dalam filem2 tamil ni orangnya amat la alim, adegan sembahyang tak tinggal, tapi berapa kerat dalam filem melayu hero or heroin akan sentuh bab2 solat. Solat pun doa je, 2 pun sebab ade musibah.

5. Apa yang kita dapat dari kedua2 filem. Ombak rindu..err..xtau, Madrasapattinam ..baru saya tau, betapa susahnya India mengharungi zaman penjajahan British. Selama ni dalam buku teks sejarah cuma bagitau India menjadi tempat pengkalan tentera british, maybe org di India senang lenang..uhuks.


Conclusionnya..bukannya nak hina filem sendiri, dan bukan juga nak menggalakkan sangat tengok filem2 ni. Tapi filem dan tv adalah salah satu faktor mengapa dari segi akhlaknya Melayu Islam sedang mengalami zaman gelap(jahiliyah). Semoga suatu hari nanti orang Melayu lah yang akan membangkitkan filem2 yang bersih sepenuhnya..yang baik akhlaknya dan lillahi taala.

Kan elok kalau KRU PRODUCTION buat filem Sultan Muhammad Al-Fateh..rather than Vikingdom?(salah satu kaum yang dipercayai Yakjuj Makjuj)

Monday, January 2, 2012

2012 dan petanda-petanda akhir zaman

Usia dah bertambah dan semoga keimanan pun bertambah. 2012 ni tahun yang agak popular dengan berbagai ramalan, kiamat, gempa bumi tapi yang pasti kita sebagai umat Islam sudah lama mempercayai hari kiamat itu pasti ada dan hanya Allah s.w.t yang tahu harinya. Yang mampu kita buat..tambahkan amal ibadat.

Di sini saya nak share beberapa fakta tentang petanda akhir zaman yang telah pun di bukakan hijabnya supaya manusia dapat memilih jalan yang lurus.

1. Pokok sudah boleh bercakap di palestin -pokok Qhardaq

lovey dovey